Berita Terkini

Pelajar didakwa kerana komen isu kalimah Allah dalam Facebook

Pelajar Akademi Seni Budaya, Warisan dan Kebangsaan (Aswara) yang memberi komen berhubung isu kalimah Allah dan cubaan membakar gereja di laman sosial Facebook didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan berniat untuk mengganggu dan mengancam orang lain.

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dituduh menggunakan aplikasi internet itu secara sedar untuk memberi komen dalam laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding..."

Pelajar tahun pertama jurusan perfileman itu dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, jam 8.10 malam, 10 Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan hakim yang sepatutnya mendengar kes itu, Aslam Zainuddin berada di Shah Alam untuk mengendalikan prosiding lain dan diganti dengan Majistret Ho Kwong Cin.

Mohamad Tasyrif yang kelihatan tenang sepanjang prosiding berjalan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan Mohamad Tasyrif yang tidak diwakili peguam boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh bagaimanapun, ditahan sehingga 18 Januari ini bagi membolehkan kes itu disebut semula di depan Aslam.


Via - Berita Harian


Komen Pak Unik

Salaam. Ingat-ingatlah wahai saudara-saudari, dalam duk ralit-ralit bersosial dalam laman Facebook, Friendster, Myspace, Hi5, Orkut dan sebagainya, jagalah dialog-dialog anda. Kerana tidak mustahil dialog kita itu akan mendapat perhatian pihak polis.

Maka Pak Unik merasakan, ada baiknya kita perhati terlebih dahulu apa yang kita mahu ucapkan. Adakah ianya salah di sisi undang-undang buatan manusia ini atau tidak. Bayangkan seperti jika bercakap di khalayak umum dalam dunia sebenar, luar dari alam cyber, apa natijahnya jika kita bercakap sedemikian rupa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.