Satu pasangan dari Broward County memutuskan untuk melaksanakan perkahwinan di tempat yang sama di mana mereka pertama kali bertemu, iaitu Whole Foods Market. Jack Frankel, 75, dan Fina Nikolos, 67, bertemu pada bulan Mei di sebuah pasaraya / supermarket di Coral Springs, Florida, Amerika Syarikat.
Hujan sedang turun ketika Frankel melihat wanita cantik melaluinya. Nikolos menawarkan untuk menghantarnya ke kereta dengan payung. Dia kemudian berterima kasih padanya dengan mengajaknya keluar makan tengahari.
Pada hari Sabtu, dua orang kekasih itu kembali ke tempat cinta mereka bermula untuk upacara pernikahan kecil di kafetaria pasaraya tersebut.
Sekitar 40 orang menghadiri upacara di mana pekerja-pekerja kedai dan pelanggan melihat dan tersenyum dan ada juga yang menangis kerana terharu.
Via - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)