Terlalu kerap menonton filem-filem 3D adalah sangat buruk bagi mata anda. Penonton-penonton filem tidak boleh menonton filem 3D lebih daripada tiga atau empat kali seminggu, sementara filem-filem seperti itu tidak digalakkan sama sekali untuk sesetengah orang untuk alasan perubatan, pakar mata Russia mengatakan.
Selepas menonton filem dengan kaca mata terpolarisasi khusus, orang akan mengeluh tidak selesa, sakit kepala dan kesulitan dalam beradaptasi penglihatan mereka kepada persekitaran, akhbar Izvestia Noviye menulis.
Kacamata 3D terpolarisasi mencipta gambar ilusi tiga dimensi dengan menyekat cahaya yang mencapai setiap mata, contoh stereoscopy yang mengeksploitasi polarisasi cahaya. Untuk menyajikan sebuah filem stereoscopy, dua imej digambarkan melapis ke skrin yang sama melalui penapis polar / kekutuban yang berbeza.
Kesimpulannya tidak bagus pun untuk menonton filem yang menggunakan teknologi baru yang masih belum beredar luas ke serata dunia itu. Sebelum makin ramai yang rosak matanya, adalah baik cuba elakkan dari menonton filem-filem yang menggunakan teknologi 3D itu nanti. Ini mungkin agenda dari pihak tertentu yang ingin memberi kerosakan kepada ramai umat manusia dari segi rohani dan jasmani.
Via - Pravda
~ Blog berita aneh, pelik, misteri, unik ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)