Sepatu / kasut untuk berlari terbaik mungkin adalah dengan tidak berkasut sama sekali, mengikut kajian baru oleh para pengkaji AS berkata pada hari Rabu.
Menulis dalam jurnal sains British iaitu Nature, mereka mengatakan tiga-perempat daripada pelari pelari yang memakai kasut cenderung menghentam tanah dengan tumit mereka terlebih dahulu - sekitar 1,000 kali bagi setiap batu berlari, sedangkan pelari berkaki-ayam meletakkan bebola kaki ke bawah terlebih dahulu.
Akan tetapi bahkan kasut sukan yang mempunyai kusyen yang baik yang membantu mengagihkan berat badan di kaki tidak boleh sepenuhnya menyerap kejutan hentakan ini, 30 ke 75 peratus daripada pelari teratur setiap tahun menderita cedera stres berulang.
Sebaliknya, sebahagian besar pelari yang tidak berkasut tidak menyentuh tanah dengan tumit, mendarat hanya pada sisi atau bebola kaki mereka, kata kajian itu lagi.
Amalan ini umum di beberapa negara Afrika timur di mana larian jarak jauh hampir menjadi amalan kebangsaan pada masa lalu.
Pada tahun 1960, misalnya, Abebe Bikila yang tidak berkasut dari Habsyah memenangi maraton Olimpik 1960 dalam waktu singkat.
Dengan tidak "menghentak-tumit" pelari berkaki ayam mengelakkan kesakitan dan kesan yang berpotensi merosakkan.
"Orang yang tidak memakai kasut ketika mereka berlari mempunyai tindakan berbeza yang menakjubkan," kata Daniel Lieberman, profesor di Harvard University dan penulis utama kajian.
Namun sampai sekarang, amat sedikit lagi bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa berkaki ayam lebih baik.
Lieberman dan rakan-rakan membantu mengisi kekosongan ini dengan mempelajari gaya berjalan tiga kumpulan pelari di Amerika Syarikat dan Kenya: berkaki ayam, berkasut, dan mereka yang telah diubah menjadi berjalan tanpa kasut.
"Kebanyakan orang sekarang berfikir bahawa berjalan berkaki ayam adalah berbahaya dan menyakitkan, namun sebenarnya anda dapat berjalan tanpa alas kaki di permukaan terkeras dunia tanpa sedikit pun rasa tidak selesa dan rasa sakit," kajian menjumpai.
"Bipedalisme" - berjalan di atas dua kaki - "sudah ada selama jutaan tahun, dan kita telah berkaki ayam selama lebih dari 99 peratus waktu itu," dia menulis dalam sebuah komentar, juga di jurnal Nature.
"Kebolehan ketahanan larian kita mungkin telah berkembang untuk membolehkan nenek moyang kita terlibat dalam 'ketekunan berburu'," kemampuan, dengan kata lain, untuk berlari mengejar mangsa, katanya.
"Manusia telah terlibat dalam ketahanan berlari selama jutaan tahun, tetapi kasut lari moden tidak ditemui hingga tahun 1970-an," kata Lieberman. Syarikat Jerman iaitu Adidas dan Puma membuat kasut lari sebagai alat kegunaan harian.
Kasut larian merupakan salah satu dari perniagaan besar. Nike Inc mendapat $4.4 billion hasil pendapatan dalam suku kedua.
Via - AFP, Reuters
Komen Pak Unik
Sememangnya bagus berlari tanpa kasut, Pak Unik pun bersetuju tentang itu. Cuma hanya satu yang menjadi musykil pada setiap kajian barat ni, kenapa mereka mengatakan tentang manusia jutaan tahun yang lalu?
Sedangkan Nabi Adam a.s iaitu manusia pertama di dunia hanya lebih kurang 6 ribu tahun lebih jarak masanya dari kita. Bagaimana mereka boleh mengkaji sehingga mengatakan ada manusia JUTAAN tahun yang lalu?
Jika menurut logik akal, itu hanya kajian ANGGAPAN semata-mata sedangkan TIDAK ADA manusia dari jutaan TAHUN yang lalu yang mencatat, mengkaji atau memberitahu kita bahawa mereka hidup JUTAAN tahun yang lalu.
Perkhabaran tentang adanya manusia yang hidup JUTAAN tahun yang lalu ini sama lah kisah ketidak logikannya dengan kewujudan dinasour, alien, dan beberapa perkara lagi yang diwujudkan oleh Illuminati untuk mengelirukan manusia dan membodohkan fikiran manusia agar lari dari kenyataan dan yang penting lari jauh dari KEAGAMAAN atau soal-soal KETUHANAN yang betul.
Mereka merancang dan Allah juga merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. “Orang-orang kafir itu membuat tipu daya , dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik–baik pembalas tipu daya” Surah Aali 'Imraan : Ayat 154
Wallahu a'lam .......
~ Blog berita aneh, pelik, misteri, unik ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)