Berita Terkini

Lelaki diheret 10 meter di bawah kereta oleh pemandu mabuk



Seorang pemandu kereta yang meninggalkan Restoran Chomprai pada 2.30 pagi 18 jan, dalam keadaan mabuk, menghentam sebuah motosikal lelaki pekerja kilang, meremukkannya dan menyeret lelaki yang terlekat di bawah kereta sejauh 10 meter sebelum akhirnya berhenti.


Polis Lt Ekkachai Moonlee (Polis Penyiasat Sattahip), sudah dimaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan kereta dan motosikal yang terjadi di sekitar 2:30 pagi di laluan 178 Sattahip-Pattaya, u-turn di seberang persimpangan desa Udomsak, Sattahip. Pegawai-pegawai telah pergi ke tempat kejadian bersama dengan Pasukan Sawang Rojjanatham.

Polis menyoal seorang pelayan di restoran yang menyatakan bahawa seorang lelaki berusia tiga puluhan telah minum sendirian di situ sejak petang hari dan meninggalkan tempat itu dalam keadaan mabuk.

Polis kini menyiasat insiden tersebut dan setelah mewawancarai semua saksi, mengharapkan untuk melakukan penangkapan.


Via - Pattaya Daily News


Komen Pak Unik

Minum minuman yang memabukkan sememangnya adalah HARAM / DILARANG dalam Islam. Ianya amat banyak membawa keburukan dari kebaikan, contohnya lihatlah kejadian di atas. Ini kerana seseorang yang sudah mabuk akan hilang pertimbangannya dan dia boleh melakukan apa saja termasuk perkara-perkara yang boleh membahayakan nyawa dan harta benda orang lain.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah  kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." Surah Al Maa-idah : Ayat 90

Tidak kira lah minuman itu dicampur alkohol ke, apa ke, apabila ianya memabukkan, maka ianya TETAP HARAM diminum. Dan tidak kira lah sama ada ianya minuman , atau makanan, atau pil, bilamana ianya MABUK apabila diminum atau dimakan, maka ia menjadi HARAM.

Contohnya seperti dadah yang memabukkan dan pil-pil khayal. Semuanya telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad S.a.w di dalam hadithnya berkenaan akhir zaman, di mana akan muncul orang menamakan benda-benda memabukkan seperti arak dengan nama yang lain.

"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." HR Ibnu Maajah

"Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." HR Muslim

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." HR Ibnu Maajah

“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
Pembuatnya,
pengedarnya,
peminumnya,
pembawanya,
pengirimnya,
penuangnya,
penjualnya,
pemakan wang hasilnya,
pembayarnya
dan juga pemesannya.” HR Tirmizi

" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." HR Ibnu Maajah

3 ulasan:

  1. ape lah khabar lelaki yang malang ni agak nya iyyer...kesian...
    ni lah padah nya klau memandu waktu mabuk.. jika diri sendiri yang menerima padah memang patut pun, ni orang yang tak berdosa pun terbabit sama... haizzz...

    BalasPadam
  2. Salaam. Semoga dia cepat sembuh lah, dan diberi hidayah kepada Islam oleh Allah S.w.t. Dan semoga dia dapat yang terbaik lah nanti insyaAllah :)

    BalasPadam
  3. ape lah khabar lelaki yang malang ni agak nya iyyer...kesian...
    ni lah padah nya klau memandu waktu mabuk.. jika diri sendiri yang menerima padah memang patut pun, ni orang yang tak berdosa pun terbabit sama... haizzz...

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.