Seorang lelaki tua berusia 82 tahun telah ditangkap basah kerana merogol seekor kambing betina oleh pemilik kambing.
Martin Tigere diberitahu tentang gangguan di kebunnya di Rusape, Zimbabwe ketika kambing itu mula mengembik berkali-kali di tengah malam. Tigere menghantar ketiga anaknya untuk menyiasat, kerana bimbang hyena mungkin telah menyerang kawanan kambing mereka.
Ketika mereka tiba di tempat itu mereka menemui Naison Tunzvi berusia 82 tahun dengan seluar di pergelangan kakinya sedang berhubungan seks dengan kambing betina.
Ketiga anak muda itu menangkap Tunzvi dan mengundang jiran tetangga ke situ agar mereka juga boleh menjadi saksi terhadap apa yang berlaku.
Tunzvi diserahkan kepada ketua desa, Andrew Katehwe yang membuat saman ke mahkamah desa. Tunzvi mengaku merogol kambing dan dikenakan denda $US10, tetapi Katehwe juga melaporkan jenayah kepada polis tempatan yang juga mendakwa orang tua tersebut sebagai menyesatkan.
"Kami telah menangkap Naison Tunzvi dengan kenyataan melakukan bestialiti (seks dengan binatang) sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Kodifikasi Undang-Undang Jenayah. Penyiasatan kami menjadi mudah selepas beliau mengakui sendiri melakukan jenayah di sebuah mahkamah desa dan juga, para saksi memberi kami maklumat yang boleh membantu.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mendesak warga yang lebih tua untuk menegakkan moral dan bertindak dengan lebih bertanggungjawab," kata jurucakap polis.
Via - The MorningStarr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)