Berita Terkini

Kes saman Mawi RM1 juta dibicara 17 Februari

Mahkamah Tinggi di sini semalam, menetapkan 17 Februari ini bagi perbicaraan kes saman RM1 juta yang dikemukakan oleh syarikat minuman Yassa Sdn Bhd terhadap Mawi World Sdn Bhd kerana didakwa melanggar hak harta intelek.

Hakim Datuk Azahar Mohamed menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes itu di kamar beliau pada 14 Januari. Peguam Nasrul Hadi Mat Saad, bagi pihak Yassa, memberitahu media, seramai empat orang saksi dijangka memberikan keterangan pada hari perbicaraan itu, tiga daripada mereka merupakan saksi kepada syarikat Mawi World.

Pada 31 Okt, 2006, Yassa, selaku plaintif  melalui firma guaman, Tetuan Abdul Aziz & Associates memfailkan saman mendakwa Mawi World telah melanggar hak harta intelek dengan memasarkan air galian di bawah jenama 'Mawi World', menggunakan kandungan maklumat milik syarikat itu seperti lesen pengeluaran minuman air mineral dan alamat kilang minuman pada botol minuman tanpa memperoleh kebenaran syarikat itu.

Ia juga mendakwa botol minuman air galian yang menggunakan gambar penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 29, mengandungi maklumat mengenai sumber dan kandungan yang sama dengan air mineral jenama 'Streamline' keluaran Yassa.

Pada 14 Februari 2008, Penolong Kanan Pendaftar Noorasyikin Sahat menolak permohonan Mawi World untuk membatalkan saman itu dengan kos.

Mawi World merayu terhadap keputusan itu, tetapi ia ditolak oleh mahkamah pada 18 Jun 2008


Via - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.