Tiga pencuri telah mencuri 250 kotak gula-gula getah dianggarkan lebih dari 1.7 juta Rubel ($57,500 dollar) daripada sebuah lori di wilayah Stavropol selatan Russia, sumber polis berkata pada hari Isnin.
"Tiga penyerang tak dikenali memasuki tempat parking, mengancam pengawal dengan membahayakan tubuh, dan mengikat dia. Lalu mereka mencuri 250 kotak gula-gula getah diperkirakan mencapai 1.7 juta Rubel dari lori Mercedes dan menghilang," kata jurucakap itu.
Pada awal Disember, seorang mahasiswa kimia dari utara bandar Ukraine mati apabila sebatang gula-gula getah meletup di dalam mulutnya.
Pemeriksaan forensik mendapati bahawa gula-gula getah itu disaluti dengan bahan kimia tak dikenali, yang dianggap beberapa jenis bahan letupan.
Polis mempersoalkan dan mendedahkan bahawa mahasiswa itu mempunyai kebiasaan aneh menguyah gula-gula getah selepas mencelupkannya ke dalam asid sitrik. Di atas mejanya, polis mendapati kedua-dua paket asid sitrik dan yang serupa dengannya iaitu substansi yang tidak dikenali, diyakini menjadi salah satu jenis bahan letupan.
Para penyelidik percaya bahawa pelajar itu mungkin keliru dengan paket-paket tersebut, dan memasukkan gula-gula getah, yang disaluti dengan bahan letupan, ke dalam mulutnya.
Via - Rianovosti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)