Morfin atau dalam bahasa Inggerisnya Morphine, dikenali umum sebagai nama sejenis dadah yang sudah banyak merosakkan tubuh manusia. Morphine berasal dari perkataan Morpheus. Dan jika anda menonton filem The Matrix, sudah pasti anda mendengar nama ini.
Ia diberikan nama Morphine oleh seorang ahli farmasi Jerman bernama Wilhelm Serturner yang telah menghasilkan morfin dari candu pada tahun 1806. Jarum suntikan telah diperkenalkan pada tahun 1853 dan kemudian digunakan untuk menyuntik morfin.
Heroin pula dihasilkan daripada morfin pada tahun 1874 dan mula didagangkan oleh Syarikat Bayer di Jerman pada tahun 1898. Heroin dipercayai tidak menagihkan dan telah digunakan dengan meluasnya di seluruh dunia sebelum potensi sebenar untuk menyebabkan ketagihan menjadi ketara.
Morpheus di dalam bahasa Greek kuno ialah nama kepada Dewa mimpi dan tidur. Penyembah-penyembah berhala dahulu-kala mempercayai bahawa Morpheus boleh menjelma dalam apa bentuk manusia di dalam mimpi seseorang. Rupa asalnya dikatakan mempunyai sayap di bahagian belakang.
Dia adalah anak kepada Hypnos, iaitu Dewa (atau personifikasi) tidur. Ibunya adalah Pasithea; Nyx (Dewi malam dan kegelapan).
Dalam mitos lain, dia adalah anak kepada Hades.
Morfin digunakan oleh doktor untuk meringankan kesakitan. Ia menduduki tempat kedua selepas heroin sebagai dadah yang disalahgunakan. Morfin disalahgunakan oleh penagih dengan meluasnya apabila heroin sukar didapati.
Rujukan
1 - Wikipedia
2 - Ukm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)