Berita Terkini

Jarum berkarat dibuang dari kepala budak perempuan selepas 11 tahun

Keinginan kepada anak lelaki adalah hasrat terdesak di China, menyebabkan bayi perempuan yang lahir iaitu Pingping (nama samaran) disyaki cuba dibunuh oleh saudara maranya dengan menusukkan jarum berkarat ke kepalanya. Kematiannya akan membolehkan orang tuanya untuk cuba melahirkan lagi di bawah polisi ketat perancang keluarga iaitu "satu pasangan, satu anak".

Tapi gadis kecil yang berumur 11 tahun sekarang, masih tidak mati. Minggu ini, doktor mengambilnya masuk ke bilik pembedahan dan mengeluarkan jarum yang mereka percaya adalah penyebab anak itu cacat mental.

Kuang Yongqin, timbalan pengarah jabatan bedah saraf di sebuah hospital ketenteraan di bandar barat daya Chengdu, mengetuai operasi. "Ini adalah jenayah," kata Kuang selepasnya.

Ibu Pingping mengatakan bahawa dia telah melaporkan kes kepada polis dan bercadang untuk membawa tuduhan terhadap ahli keluarga yang mungkin telah bertanggungjawab ke atas percubaan pembunuhan terhadap anaknya. Polis telah menyarankan kepada si ibu, Yang Xiaohui, untuk menyimpan jarum serta imbasan yang menunjukkan objek tertanam di kepala anaknya.

Jarum itu begitu kemas tertanam dalam kepala Pingping dan sangat berkarat di mana doktor menganggarkan ianya berada di situ selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun. Mereka tidak dapat menariknya keluar terus tetapi dengan perlahan-lahan memutarnya sehingga keluar. Staf hospital berkata kepada The Times bahawa Pingping baik-baik saja, tetapi itu tidak mungkin bahawa ia akan sembuh daripada kecacatan mentalnya.

Pada tahun 2007, para doktor di barat daya wilayah Yunnan telah menemui 26 jarum di dalam tubuh seorang wanita berusia 29 tahun. Kesemuanya dipercayai telah dimasukkan tidak lama selepas ia dilahirkan, oleh datuk nenek yang kecewa kerana dia bukan anak laki-laki.


Via - Times Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.