Kapal cruise yang terbesar dan termahal di dunia telah memulakan pelayaran sulungnya bertolak dari Finland ke Florida. Di atasnya juga ada amphitheater, gelanggang bolakeranjang, volleyball, zon remaja dengan taman tema, nurseri untuk kanak-kanak, arena luncur ais dan beberapa lagi.
Kapal 'Oasis of the Seas' ini mempunyai 16 dek dan terbentang 1,200 kaki (360 meter) dari bahagian depan ke belakang. Mempunyai 2,700 kabin yang boleh memuatkan seramai 6,300 penumpang dan 2,100 kru kapal.
Kapal kepunyaan Royal Caribbean International ini berharga 1 billion euro ($1.5 billion) dan mengambil masa selama 2 setengah tahun dibina di STX Finland Oy shipyard di Turku, barat daya Finland.
Kapal ini setinggi 212 kaki (64.5 meter) di atas paras laut. STX Finland juga sedang membina adik kepada kapal ini iaitu Allure of the Seas, dan dijangka dilancarkan pada 2011.
Video promo kepada kapal cruise yang bernilai $1.4 Billion
Video pelayaran sulung Oasis of the seas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)