Seorang ibu sadis kepada lapan orang anak telah didapati bersalah melakukan penderaan melampau terhadap 6 orang anaknya.
Si ibu memukul anak-anaknya, semua berusia di bawah 16, dengan benda-benda termasuk tali pinggang, gantungan baju yang patah dan tukul kayu (yang digunakan untuk memukul daging), mahkamah mendengar.
Ibu yang berusia 37 tahun itu dinyatakan bersalah daripada 18 tuduhan penganiayaan yang mengerikan, termasuk menggaruk salah satu anak perempuannya dengan pisau dan membakar yang lain dengan screwdriver panas.
Dewan daerah Cambridgeshire mengaku memantau keluarga itu sejak tahun 1999 namun tuduhan itu hanya dibuat selepas dua orang anak memberitahu tentang gangguan itu dengan seorang guru.
Ibu yang berasal dari Jamaica yang tinggal di Cambridge, England itu dinyatakan bersalah atas sembilan tuduhan menyerang anak di bawah umur 16 tahun dengan cara yang kemungkinan besar akan menyebabkan penderitaan pada kesihatan anak. Dia juga dijatuhi hukuman di atas tuduhan bertengkar dan dua tuntutan menggertak saksi.
Keganasannya yang merajalela terhadap anak-anaknya, yang berusia antara empat dan 16, berlangsung dari tarikh 1 Januari 2002 hingga 1 Julai 2008, Cambridge Crown Court diberitahu selama lima minggu perbicaraan.
Sumber - The Sun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)