Hari ini selepas saya buka Gmail saya, saya dapati jemputan dari Google untuk menggunakan Google Wave Preview telah saya dapat. Apa lagi, terus saya accept dan login ke Google Wave. Ianya baru pada fasa preview / pratonton dan masih dalam proses membina dan menaiktaraf.
Bagi sesiapa yang masih tidak tahu apa itu Google Wave, ianya adalah satu cara untuk berhubung melalui internet yang terbaru yang dicipta oleh Google. Sistemnya amat live / secara langsung. Contoh satu yang saya suka dengannya ialah konsep chatting secara live dengan kita dapat melihat apa yang orang chat dengan kita taip secara live satu persatu perkataannya.
Bermakna ia menjimatkan masa dari menunggu 'Waiting for sender' , yang mana kita masih tidak tahu apa yang ditaipnya. Jika secara live seperti Google Wave , ianya seperti kita berbual biasa yang mana kita sudah dapat memikirkan apa untuk dibalas tanpa perlu termenung terlebih dahulu.
Dan banyak lagi fungsi lain yang anda boleh terokai sendiri seperti upload foto ke Wave dengan 'drag and drop' (tarik dan letak) dari PC anda, tengok foto dan video, menghantar dan membalas email, boleh adakan mesyuarat dengan ramai orang dan macam-macam lagi.
Video di bawah ini menerangkan serba ringkas tentang Google Wave tetapi ianya dalam Bahasa Inggeris, harap maaf.
Dan di bawah ini merupakan snapshot bagi platform Google Wave pertama saya;
Bagaimana mendapatkan jemputan untuk menggunakan Google Wave?
Pertamanya anda mesti mempunyai akaun Google. Kemudian pergi ke URL berikut http://wave.google.com. Klik link Request an invitation yang terdapat di bawah laman tersebut. Selamat berWAVE dan wassalaam :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)