Berita Terkini

Bagaimana matikan Restart Automatik apabila berlaku kegagalan sistem pada Windows?

Apabila Windows menemui kesalahan yang sangat serius, seperti 'skrin biru' (Blue Screen of Death), tindakan standard ialah ia secara automatik me-restart PC anda, dengan anggapan untuk membuat anda back up dan meneruskan dengan cepat.

Tentu saja masalah dengan perilaku default (lalai) ini akan memberi anda kurang daripada satu saat untuk membaca mesej ralat pada skrin yang mana hampir mustahil dilakukan.

Mujurlah pilihan ini, yang disebut automatic restart on system failure (restart automatik pada kegagalan sistem), boleh dimatikan, memberikan anda masa untuk membaca dan menulis kesalahan sehingga anda boleh mula mengatasi masalah.


Jawapan

Anda boleh mematikan pilihan 'restart automatik pada kegagalan sistem' di 'Startup and Recovery area of the System'  pada applet Control Panel.

Langkah-langkah yang terlibat dalam mematikan pilihan restart automatik pada kegagalan sistem agak berbeza bergantung pada sistem operasi Windows yang anda gunakan.


Untuk Windows XP


Windows XP diprogram secara default untuk restart (memulakan semula) selepas berlaku kesalahan besar, seperti salah satu yang menyebabkan Blue Screen of Death (BSOD). Reboot ini berlaku terlalu pantas untuk mencatat mesej ralat untuk digunakan dalam penyelesaian masalah.

Ikuti langkah mudah untuk mematikan ciri restart automatik pada kegagalan sistem dalam Windows XP.

Langkah-langkahnya

1 - Arahkan ke Control Panel pada Windows XP dengan mengklik kiri pada Start, diikuti dengan memilih Control Panel.

2 - Pada tetingkap Control Panel, buka System.

Nota: Pada Microsoft Windows XP, bergantung pada bagaimana sistem operasi adalah setup, anda mungkin tidak melihat ikon System. Untuk memperbaiki hal ini, klik pada link di sisi kiri dari jendela Control Panel, bertulis Switch to Classic View.

3 - Di tetingkap System Properties, klik pada tab Advanced.

4 - Cari area Startup and Recovery dan klik butang Settings.

5 - Pada tetingkap Startup and Recovery, cari dan buang tanda right pada kotak semakan di sebelah Automatically restart.

6 - Klik OK di tetingkap Startup and Recovery

7 - Klik OK pada jendela System Properties.

8 - Mulai sekarang, ketika masalah menyebabkan BSOD atau kesalahan besar lain yang menghentikan sistem, PC tidak akan secara automatik reboot lagi. Reboot secara manual akan diperlukan.



Untuk Windows 7



Windows 7 dikonfigurasi secara default untuk restart (memulakan semula) selepas Blue Screen of Death (BSOD) atau masalah sistem utama lain. Reboot ini biasanya berlaku terlalu cepat untuk melihat mesej ralat pada skrin.

Ikuti langkah-langkah sederhana ini untuk mematikan ciri restart automatik apabila berlaku kegagalan sistem pada Windows 7.



Langkah-langkahnya

1 - Klik pada butang Start dan kemudian pada Control Panel  (Panel Kawalan).

Tip: Mahu cepat? Taip System di kotak carian selepas mengklik Start. Pilih System di bawah Control Panel di bawah tajuk dalam senarai keputusan dan kemudian lompat ke Langkah 4.

2 - Klik pada 'System and Security Link'  (link Sistem dan Keselamatan).

Nota: Jika anda melihat ikon Kecil atau Besar ikon paparan dari Control Panel, anda tidak akan melihat link ini. Sila dwi-klik pada ikon System dan lanjutkan ke Langkah 4.

3 - Klik pada link System.

4 - Dalam jendela tugas (task pane) di sebelah kiri, klik link Advanced System Settings.

5 - Cari bahagian  Startup and Recovery berhampiran bahagian bawah tetingkap dan klik butang Settings.

6 - Pada tetingkap  Startup and Recovery, cari dan hapus tanda right pada kotak semakan di sebelah Automatically restart.

7 - Klik OK di tetingkap Startup and Recovery.

8 - Klik OK pada jendela System Properties.

9 - Anda boleh menutup tetingkap System sekarang.

10 - Mulai sekarang, ketika masalah menyebabkan BSOD atau kesalahan besar lain yang menghentikan sistem, Windows 7 tidak akan memaksakan  reboot. Anda perlu me-reboot secara manual ketika satu kesalahan muncul.


Selamat mencuba dan semoga berjaya .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.