Berita Terkini

Bagaimana mahu logon secara automatik ke Windows

Ada banyak alasan yang bagus untuk automatik logon ke komputer anda. Salah satunya, dengan automatik logon, anda tidak lagi perlu untuk memasukkan kata laluan anda setiap hari, mempercepatkan kesan berapa lama waktu yang diperlukan komputer anda untuk memulakan operasi.

Tentu saja ada beberapa alasan untuk tidak men-setup komputer anda ke auto logon juga. Alasan yang paling penting adalah bahawa anda akan kehilangan kemampuan untuk mengelakkan fail anda daripada diakses oleh orang lain dalam komputer anda.

Namun, jika keselamatan data tidak menjadi masalah, maka adalah lebih memudahkan sekiranya automatik logon ke Windows ini dilakukan. Anda boleh mengkonfigurasikannya hanya dalam beberapa minit.

Anda boleh mengkonfigurasikan Windows agar secara automatik logon dengan membuat perubahan-perubahan dalam Advanced User Accounts applet (applet Akaun Pengguna Lanjutan) pada Control Panel.

Beberapa langkah yang terlibat dalam mengkonfigurasikan Windows agar logon secara automatik adalah berbeza-beza bergantung pada sistem operasi Windows yang anda gunakan.

Sebagai contoh, arahan yang digunakan untuk melancarkan Advanced User Accounts applet Control Panel sangat berbeza dalam Windows XP daripada Windows 7 dan Windows Vista.



Automatik Log On Untuk Account User di Windows XP

Jika keselamatan bukan merupakan masalah besar bagi anda, mengkonfigurasikan Windows XP untuk log on ke akaun pengguna anda secara automatik dapat menjimatkan sedikit masa dan tenaga pada masa PC anda dimulakan.

Cukup ikuti langkah mudah yang dijelaskan di bawah ini untuk membuat Windows XP secara automatik log masuk ke akaun pengguna anda. Setelah menyelesaikan langkah ini, Windows XP akan berhenti memicu untuk nama pengguna dan password ketika komputer anda bermula!


Langkah-langkahnya

1 - Klik pada Start dan kemudian Run. Pada kotak teks yang terpapar, taipkan arahan berikut:

control userpasswords2

Tekan butang OK.

Arahan ini akan membuka Advanced User Accounts control panel applet.

2 - Pada tab Users, buang tanda pada kotak di sebelah Users must enter a user name and password to use this computer (pengguna perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan untuk menggunakan komputer ini).

3 - Klik pada butang Apply di bahagian bawah tetingkap User accounts.

4 - Ketika kotak dialog Automatically Log On muncul, masukkan nama pengguna yang anda ingin secara automatik login. Kemudian masukkan password akaun anda di kedua ruangan yang ditanyakan.

Klik butang OK.

5 - Klik OK pada tetingkap User Accounts (Akaun pengguna) untuk menyelesaikan proses.

Mulai sekarang, ketika PC dijalankan, Windows XP akan logon secara automatik.



Automatik Log On Untuk Account User di Windows 7

Jika keselamatan bukan merupakan masalah besar bagi anda, mengkonfigurasikan Windows 7 untuk log on ke akaun pengguna anda secara automatik boleh menjimatkan masa anda ketika komputer anda dimulakan.

Cukup ikuti tutorial yang dihuraikan di bawah ini untuk membuat Windows 7 secara automatik log masuk ke akaun pengguna anda. Ketika langkah-langkah ini selesai, Windows 7 akan berhenti memicu untuk nama pengguna dan password ketika komputer anda bermula!


Langkah-langkahnya

1 - Klik pada Start dan kemudian isikan seterusnya arahan di kotak carian:

netplwiz

Tekan butang ENTER.

Perintah ini akan membuka Advanced User Accounts control panel applet.

2 - Pada tab Users, buang tanda pada kotak di sebelah Users must enter a user name and password to use this computer (pengguna perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan untuk menggunakan komputer ini).

3 - Klik pada butang Apply di bahagian bawah tetingkap User Accounts (Akaun pengguna).

4 - Ketika kotak dialog Automatically Log On muncul, masukkan nama pengguna yang anda ingin secara automatik log masuk ke Windows 7. Kemudian masukkan password akaun anda di kedua ruangan yang ditanyakan.

Klik butang OK.

5 - Klik OK pada tetingkap User Accounts (Akaun pengguna) untuk menyelesaikan proses.

Mulai sekarang, ketika PC dijalankan, Windows 7 akan logon secara automatik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.