Berita Terkini

Selsema burung

Avian Influenza atau lebih dikenali sebagai selsema burung merupakan penyakit selsema yang diakibatkan oleh virus selsema yang menyerang burung. Penyakit ini mudah merebak, dan wabak ini telah melanda dunia dengan begitu pantas. Semua virus selsema burung yang diketahui merupakan jenis Influenzavirus A.

Apakah selsema burung?

Lebih seabad, selsema burung hanya beredar di kalangan unggas sahaja, terutamanya ayam ternakan. Bagaimanapun, penyakit ini mula dikenali Avian Influenza apabila beberapa jenis virusnya menjangkitinya manusia. Virusnya pula semakin bertambah kuat dan tegar, malah bermutasi (berlaku perubahan genetik sesuatu organisma seperti tumbuhan, haiwan, dan sebagainya yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut) pula. Ia kini berjangkit dari unggas kepada manusia.


Pada 1997, terbukti selsema burung memang membawa maut apabila ada penduduk Hong Kong mati kerananya. Ketika para saintis sedang bergelut mengenal pasti jenis-jenis virus berbahaya dan mencari pencegah wabak membawa maut ini, wabak selsema burung ini terus berjangkit merentas dunia dari sebuah negara ke sebuah negara lain.


Wabak di seluruh dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan virus selsema burung atau avian influenza sangat bahaya dan mudah merebak. Virus H5N1 menyebabkan berjuta-juta unggas dibunuh di seluruh Asia sejak akhir 2003 dan meragut 188 nyawa di seluruh dunia sehingga Jun 2007. Sehingga Jun 2007, seramai 309 orang telah dijangkiti selesema burung H5N1 dan 188 daripada mereka meninggal dunia. 79 orang mati di Indonesia dan 17 di Thailand . Malaysia yang berjiran dengan Indonesia dan Thailand berisiko tinggi mendapat H5N1.

Bagaimana selsema burung berjangkit?

Lazimnya, virus selsema burung dibawa di dalam usus unggas liar dan tidak berbahaya. Namun virus ini mula menyesuaikan diri mengikut keadaan dan bermutasi menjadi virus yang paling berbahaya sehingga menyerang manusia.

Avian Influenza boleh berjangkit melalui air liur, lelehan hidung, dan najis burung. Burung-burung lain yang menyentuh cairan itu membawa virus tersebut ke tempat lain pula. Begitulah seterusnya. Keadaan ini sukar dibendung kerana unggas liar ini berhijrah dari satu negara ke negara lain.

Virus Avian Influenza merebak di dalam udara dan baja serta hidup lebih lama di dalam udara sejuk. Ia juga boleh dipindahkan melalui air dan makanan tercemar, peralatan serta pakaian. Tempoh pengeraman ialah antara tiga hingga lima hari. Virus berbahaya seperti H5N1 boleh membunuh dalam masa beberapa hari sahaja.

Kenapa ditakuti?

Untuk berjangkit, tiga perkara mesti berlaku terlebih dahulu:

1. Munculnya virus jenis baru.
2. Ia menyebabkan penyakit yang serius kepada manusia.
3. Berjangkit dengan mudah sesama manusia.

Faktor pertama dan kedua sudah pun berlaku. Virusnya baru bagi manusia dan menyebabkan sakit yang serius. Walau bagaimanapun, oleh kerana setakat ini ia berjangkit dari burung kepada manusia, tahap ketiga belum lagi berlaku. Ia masih belum berjangkit dari manusia kepada manusia.

Inilah faktor yang ditakuti. Dikhuatiri virus itu akan terus bermutasi hingga ke tahap boleh berpindah dari manusia kepada manusia. Semakin banyak manusia dijangkiti, ia mungkin berpotensi untuk bermutasi. Jika suatu hari nanti ia berlaku, rawatan semakin mustahil. Ramai manusia akan mati.

Selsema burung sangat bahaya kepada manusia kerana sistem imun kita tidak mempunyai antibodi untuk menentang penyakit berasal daripada haiwan. Lantas ia bersarang di paru-paru dan menolak ubat-ubatan anti-bakteria serta antiviral dan membunuh manusia dengan cepat.

Orang dewasa sihat lebih berisiko dijangkiti virus selsema burung. Virus H5N1 menyebabkan tindak balas imunologi yang besar terhadap virus yang ada di dalam sistem imun orang yang paling kuat. Malangnya keadaan ini menyebabkan pula pembebasan enzim manusia yang dipanggil cytokines yang memusnahkan sel paru-paru.

Sehingga kini, lebih 60 orang mati di serata dunia kerana dijangkiti wabak selsema burung.

Tanda jangkitan selsema burung dikalangan ayam

Jangkitan selsema burung menyebabkan tanda yang berbeza pada ayam / burung, dari sakit serdahana sehingga kematian mengejut yang mudah berjangkit mengakibatkan wabak yang teruk.

Ayam bertelur

Penurunan pengeluaran.

1. Pengurangan mengejut dalam penghasilan telur
2. Kepala bengkak dengan lebam dan balung bewarna biru hingga biru gelap dan bintit bisul
3. Pendarahan pada selaput dalaman
4. Kematian mengejut di kalangan ternakan ayam yang boleh mencecah 100%
5. Kesukaran bernafas
6. Lembik atau lumpuh
7. Ayam yang cirit birit secara meluas


Pengasingan virus perlu untuk pengesahan yang tepat.


Tanda jangkitan selsema burung dikalangan manusia

Virus A H5N1 serupa dengan virus selsema lain dan kebanyakannya terhad "self-limiting".

Tanda awal adalah demam dengan suhu melebihi 38 darjah Selsius) , lemah "malaise", "myalgia", perit kerongkong, dan batuk. Mata dan hidung berair dan keradangan "conjunctivitis" dapat dilihat pada sesetengah pesakit. Demam yang berlarutan adalah tanda yang jelas. X-ray dada berguna untuk mengesan jangkitan virus pneumonia awal.

Sebab kematian dan komplikasi adalah paru-paru berair "pneumonia" disebabkan virus, sindrom kesukaran bernafas, dan kegagalan pelbagai fungsi organ.

Cara membezakan jangkitan selsema burung dengan jangkitan selsema biasa, paru-paru berair "pneumonia" atau masalah pernafasan biasa.

Seseorang pesakit disyaki dijangkiti oleh selsema burung sekiranya pesakit mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung dengan kerja pengendalian ayam atau burung. Ini termasuk penternak, penyembelih, pengangkutan (pemandu lori ayam) dan lain-lain.


Bagaimana mencegah jangkitan selsema burung

Larangan mengimport ayam hidup, babi dan hasil ayam, itik dan babi dari negara yang dijangkiti wabak selsema burung merupakan langkah penting untuk mencegah kemasukan jangkitan selsema burung kedalam negara.

Kita tidak semestinya memulaukan memakan ayam sama sekali. Apa yang penting ialah mengampil berat aspek kebersihan. Apa yang boleh kita lakukan ialah:

1. Pastikan ayam masak sepenuhnya. Suhu memasak mestilah sekurang-kurangnya 70-75 darjah Celcius.
2. Basuh tangan dengan sabun (sabun antibakteria) sebelum dan selepas menyentuh daging mentah.
3. Basuh dengan bersih semua permukaan dan peralatan dapur yang terkena daging mentah.
4. Masak telur sampai masak sepenuhnya. Elakkan makan telur separuh masak.


Bagi penternak ayam dan mereka yang terbabit dengan pengendalian ayam, itik dan burung lain.

1. Elakkan sebarang hubungan dengan burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
2. Jangan membawa masuk / mengimport haiwan yang tidak pasti tahap kesihatan kedalam kawanan yang dibela.
3. Kawal pergerakan manusia kedalam kawasan ternakan.
4. Sediakan dan guna tempat pencuci tangan dengan bahan basmi kuman. Sediakan aturan yang perlu diikuti pekerja ladang.
5. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung / babi.
6. Lapurkan dengan segera sebarang penyakit berjangkit dikalangan pekerja di ladang ternakan ayam / itik / burung / babi.
7. Elakkan sebarang hubungan dengan ternakan babi disebabkan virus selsema burung mampu merebak kepada babi.


Bagi orang awam dan pengguna.

1. Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan selepas mengendalikan daging ayam dengan teliti
2. Bersihkan permukaan meja dan peralatan memasak sebelum dan selepas memasak.
3. Masak daging ayam / itik / burung / babi dengan sempurna luar dan dalam.
4. Elakkan tempat yang mempunyai burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
5. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung.
6. Lapurkan dengan segera sebarang kes masalah pernafasan dikalangan mereka yang pernah terdedah kepada ayam / itik / burung / babi yang sakit.


Keselamatan apabila melancung ke kawasan yang dijangkiti selsema burung

Selsema burung tidak menjangkiti antara manusia. Mereka yang melancung atau melawat ke kawasan yang dijangkiti selsema burung dinasihatkan agar tidak melawat kawasan yang mempunyai burung seperti taman burung, ladang ternakan ayam / itik / burung, zoo, dan pasar basah. Elakkan juga kawasan ternakan babi.

Jenis-jenis virus

Virus-virus Avian Influenza dikenali sebagai H5N1 (paling bahaya), H7N2, H1N7, H7N3M, H13N6, H5N9, H11N6, H3N6, HPN2, H5N2, H4N8, H10N7, H2N2, H8N4, H14N5, H6N5, H12N5, dan banyak lagi.

Rawatan selsema burung

Rawatan boleh dimulakan tanpa menunggu pengesahan makmal bagi jangkitan H5N1. Rawatan bagi jangkitan H5N1 pada asasnya serupa dengan virus selsema lain. Ubat-ubatan anti virus, sesetengahnya boleh digunakan untuk rawatan dan pencegahan secara perubatan berkesan bagi melawan virus jenis influenza A dalam orang dewasa dan kanak-kanak yang sihat, dengan sedikit kelemahan. Sesetengah ubat-ubatan ini juga terhad dan harganya mahal.

Rawatan dan pelalian

Gejala selsema burung pada manusia berbeza-beza dari selsema (demam, batuk, sakit kerongkong dan sengal otot) sehinggalah sakit mata, paru-paru berair, penyakit pernafasan teruk, dan beberapa komplikasi mengancam nyawa yang teruk. Gejala selsema burung bergantung kepada jenis virus yang menyebabkan jangkitan.

Terdapat ubat untuk rawatan dan pencegahan penyakit ini tetapi keberkesanannya masih dalam kajian. Virus H5N1 merupakan jenis virus yang dianggap paling merbahaya kerana mampu merebak kepada manusia dan menyebabkan kematian. Virus H5N1 kebal kepada ubat antivirus biasa seperti amantadine dan rimantadine. Dua jenis ubat antivirus lain, Oseltamavir (Tamiflu) dan zanamavir, kemungkinan berkesan merawat selsema yang disebabkan oleh virus H5N1. Setakat ini masih belum ada ubat pelalian.


Rujukan:

- Mohamed Yosri Mohamed Yong
- Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.