Video oleh MKN
Dari apa yang saya perhatikan, kebanyakan berita palsu tentang COVID-19 ini ditulis dalam tulisan-tulisan yang diringkaskan (tidak sesuai untuk pengumuman rasmi). Dan banyak juga kesalahan-kesalahan ejaan, sebagai contohnya COVID-19 ditulis sebagai convic.
Maka saya rasakan, yang bikin berita-berita palsu itu biasanya ialah budak-budak sekolah atau anak-anak muda remaja. Dan kalau orang dewasa yang lakukannya, maka dia belum sebenarnya dewasa lagi, tetapi "remaja tua tak reti bahasa" namanya.
Walaubagaimanapun, tidak semestinya jika berita yang disebar itu menggunakan bahasa yang tersusun, rapi, kemas, dan seumpamanya sudah pasti betul. Kerana itu, apa-apa berita yang anda terima, lebih-lebih lagi berkenaan COVID-19, perlu rujuk terus juga kepada Majlis Keselamatan Negara untuk pengesahan dan kepastian.
Siasat dan kaji dulu tentang apa-apa berita yang kita terima, jangan terus sebarkan, apalagi jika ianya adalah isu yang sensitif. Rujuk terus kepada dari mana SUMBER berita itu keluar, agar kita pasti bahawa SUMBER itulah yang betul-betul keluarkan berita tersebut.
Contoh-contoh Berita Palsu tentang COVID-19 yang dikongsi oleh MKN melalui media sosial

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)