Ahli Silap Mata (sulap) Dynamo menggalakkan peminat-peminatnya "ingat bahawa dengan tinggal di rumah, anda melindungi ramai orang lain" selepas diuji positif coronavirus.
Nama sebenarnya Steven Frayne, 37 tahun, mengatakan bahawa sementara dia tidak mengalami demam, gejala yang lain telah "teruk".
Dalam video yang disiarkan di Twitter dan Instagram, dia berkata: "Hei, sejak beberapa minggu yang lalu saya mengalami gejala seperti batuk berterusan dan banyak kesakitan."
"Saya asingkan diri selama dua minggu dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu."
Disebabkan masalah kesihatannya, termasuk penyakit Crohn dan arthritis, bintang TV itu memutuskan untuk membayar ujian Covid-19 swasta.
Dynamo menjelaskan bahawa gejala-gejalanya secara beransur-ansur menurun hari demi hari. :Mudah-mudahan saya telah lalui yang paling buruk darinya, dan saya tetap positif," lanjutnya.
Dynamo menjelaskan bahawa gejala-gejalanya secara beransur-ansur menurun hari demi hari. :Mudah-mudahan saya telah lalui yang paling buruk darinya, dan saya tetap positif," lanjutnya.
[Evening Standard , metro.co.uk]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)