Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai hal ini. Saya cuma kongsikan di sini bagi yang belum tahu sahaja. Bahawa isu Virus Corona yang berlaku sekarang rupa-rupanya sudah ada kisahnya dalam filem Hollywood tahun 2011 iaitu Contagion. Saya baru sahaja habis menontonnya.
Saya boleh katakan kisahnya memang hampir sama, cuma dalam filem ini ianya bermula di Hong Kong. Bermula jangkitan dari kelawar yang makan pisang di pokok, kemudian kelawar itu terbang ke dalam kandang babi. Lepak kat atas siling sambil makan pisang, kemudian ada sisa-sisa pisang yang jatuh. Sisa-sisa pisang itu dimakan oleh babi. Babi itu pula kemudiannya disembelih dan dikerjakan oleh Tukang Masak. Tukang Masak itu kemudian bersalam dan bergambar dengan seorang wanita USA (lakonan Gwyneth Paltrow). Dan begitulah kemudiannya virus itu merebak ke ramai orang. Akhirnya berjayalah dicipta vaksin untuk melawan wabak itu. Sekian ringkasan cerita cap ayam dari filem tersebut. Anda perlu menontonnya sendiri agar lebih happening.
Yang untungnya siapa? Ya sudah tentu syarikat-syarikat FARMASI GERGASI dunia milik "mereka dan keluarga mereka itu". Maka mula lah kerajaan-kerajaan di setiap negara perlu MENAMBAH perbelanjaan untuk membeli vaksin-vaksin mereka untuk dibekalkan di hospital-hospital. Duit dari siapa? Dari rakyat jugak. Dan akan muncul lah macam-macam virus lagi nanti insyaAllah, termasuk VIRUS ZOMBI pun mungkin akan muncul.
Dan begitulah seterusnya keadaan ini berlaku dari dulu, kini dan mungkin sampai Nabi Isa a.s membunuh Dajjal nanti baru habis cerita bab ini.

Oh ya, tentang Virus Corona. Virus yang diberi nama Corona ini sebenarnya telah lama ada. Bukan baru muncul yang seperti sebahagian orang anggap. Setakat yang saya faham, ianya adalah satu jenis KELUARGA VIRUS. Yang dulunya diketahui hanya berjangkit di kalangan haiwan seperti lembu, kelawar, unta, anjing dan kucing. Tetapi Virus Corona yang menjadi kecoh sekarang sudah berjangkit kepada manusia. Pengubahan genetik dan perangai virus di makmal?
Virus Corona yang terjadi pada anjing dulu pun telah dicipta vaksin dan didaftarkan hakcipta patent di lawan web patent US ini = Canine corona virus vaccine pada tahun 1983 dulu lagi.
Saya juga ada menonton dari channel Youtube Deddy Corbuzier. Beliau mewawancara seorang dari Kementerian Kesihatan Indonesia. Menurut orang itu, virus Corona sekarang bukan hanya berjangkit melalui sentuhan dari manusia, tetapi juga secara "Airborne" iaitu melalui udara. Wallahu a'lam.
Kemudian ada satu lagi filem iaitu filem Korea yang dikatakan ada kaitan dengan Virus Corona juga, iaitu The Flu. Saya belum tonton lagi filem itu dan belum boleh bikin komentar.

Itu sahaja yang saya nak kongsi. Sedang tidak ada mood untuk tulis panjang. Wassalaamu'alaikum w.b.t....
Sila baca tulisan yang sudah lama ini iaitu Illuminati dan Penyakit terhadap Kesihatan Manusia jika anda masih belum membacanya.
*Update 24 Mac 2020
Wabak seperti COVID-19 ditulis dalam sebuah Novel keluaran tahun 1981
Buku Novel itu bertajuk "The Eyes of Darkness" yang ditulis oleh Dean Koontz. Kisah sepenuhnya saya tidak pasti kerana tidak membacanya. Tetapi ada petikan dari novel tersebut yang menyebut, nama virus itu Wuhan-400. Adakah ianya kebetulan atau dirancang? Kerana nama tempat yang mula-mula dikesan Coronavirus juga ialah dari Wuhan, China.
Cuma dalam novel ini menceritakan bahawa Wuhan-400 itu adalah senjata biologi yang dicipta oleh China, bukannya Amerika Syarikat. Dan kisahnya bukan hampir sama seperti dalam filem Contagion. Tetapi penyebutan nama Wuhan dan mula menular dari China sahaja yang menimbulkan pertanyaan kerana ianya "terlalu kebetulan".
Sumber gambar dari Twitter milik Nick Hinton
Tetapi untuk mengatakan bahawa ianya adalah satu konspirasi, kenapa kisahnya tidak sama malah banyak yang bertentangan juga? Ya, tidak semestinya ditulis sama 100%, kerana mungkin di tahun 1980an itu kajian virus masih ada kelainannya. Dan jika dibuat TEPAT 100% itu lagi memberi risiko kepada mereka sendiri nanti apabila diketahui umum seperti sekarang. Maka dengan hanya memberi klu-klu sebegini, mereka masih boleh membuat "alasan" untuk menafikan bahawa ianya satu komplot / konspirasi.
Ada seorang yang bernama Mukhtar Qule memberi komen pada gambar yang dikongsi oleh Nick Hinton ini. Beliau menyebut;
Maksudnya, "Buku Dean Koontz menamakan virus itu WUHAN-400. Saya fikir wabak Coronovirus ini berlaku pada tahun ini 2020, jadi untuk mendapatkan angka 400 boleh dipacu (20 X 20) = 400. Cara lain, nama rasmi virus ini dipanggil COVID-19 yang boleh diperolehi dengan (2020-1981 ) = 39-20 bulan = 19."
Menarik juga untuk difikir-fikirkan bukan? Hhmmmmm
*Update 27 Mac 2020
Buku End of Days oleh Sylvia Browne jelas menyebut tahun 2020
Dalam buku keluaran tahun 2008 oleh Sylvia Browne bertajuk End Of Days, dia ada menyebut tentang dalam tahun 2020 akan berlaku wabak penyakit yang menyerang paru-paru dan tiub bronkial. Ia adalah sebuah buku mengenai RAMALAN. Antara yang disebutnya;
Walaupun tidak lah tepat seperti keadaan sekarang, namun kehampir-samaan itu ada. Kemudian ada ditemui sebuah lagi buku RAMALAN beliau dari tahun 2004, yang bertajuk Prophecy: What the Future Holds for You. Antara yang disebutnya seperti di bawah;
Lepas satu-satu kebetulan ya? Walaupun begitu, banyak juga ramalan beliau yang lain yang sudah berlalu dan ternyata salah dan tidak berlaku pun. Sylvia Browne yang merupakan seorang ahli psikik itu pun telah meninggal dunia pada tahun 2013.
Wallahu a'lam .......
Ada seorang yang bernama Mukhtar Qule memberi komen pada gambar yang dikongsi oleh Nick Hinton ini. Beliau menyebut;
Dean Koontz’s Book named that virus WUHAN-400. I think this Coronovirus outbreak happened in this year 2020, so to get the figure 400 could be drived (20*20) = 400. Other way, the official name of this virus called COVID-19 which can be found as (2020-1981) = 39-20month = 19.
Maksudnya, "Buku Dean Koontz menamakan virus itu WUHAN-400. Saya fikir wabak Coronovirus ini berlaku pada tahun ini 2020, jadi untuk mendapatkan angka 400 boleh dipacu (20 X 20) = 400. Cara lain, nama rasmi virus ini dipanggil COVID-19 yang boleh diperolehi dengan (2020-1981 ) = 39-20 bulan = 19."
Menarik juga untuk difikir-fikirkan bukan? Hhmmmmm
*Update 27 Mac 2020
Buku End of Days oleh Sylvia Browne jelas menyebut tahun 2020
Sumber dari cfi
Dalam buku keluaran tahun 2008 oleh Sylvia Browne bertajuk End Of Days, dia ada menyebut tentang dalam tahun 2020 akan berlaku wabak penyakit yang menyerang paru-paru dan tiub bronkial. Ia adalah sebuah buku mengenai RAMALAN. Antara yang disebutnya;
"Pada sekitar tahun 2020 penyakit seperti pneumonia yang teruk akan tersebar di seluruh dunia, menyerang paru-paru dan tiub bronkial dan menentang semua rawatan yang diketahui. Hampir lebih membingungkan daripada penyakit itu sendiri akan menjadi kenyataan bahawa ia akan tiba-tiba lenyap secepat tiba, menyerang lagi sepuluh tahun kemudian, dan kemudian hilang sepenuhnya. "
Walaupun tidak lah tepat seperti keadaan sekarang, namun kehampir-samaan itu ada. Kemudian ada ditemui sebuah lagi buku RAMALAN beliau dari tahun 2004, yang bertajuk Prophecy: What the Future Holds for You. Antara yang disebutnya seperti di bawah;
"Menjelang tahun 2020, kita akan melihat lebih ramai orang daripada memakai topeng pembedahan dan sarung tangan getah di khalayak ramai, yang diilhamkan oleh serangan penyakit seperti pneumonia yang teruk yang menyerang kedua-dua paru-paru dan tiub bronkial dan dengan kejam tahan terhadap rawatan. Penyakit ini akan membingungkan, setelah menyebabkan panik musim sejuk, ia akan hilang sepenuhnya sehingga sepuluh tahun kemudian, menjadikan kedua-dua sumbernya dan penyembuhannya lebih misterius. "
Lepas satu-satu kebetulan ya? Walaupun begitu, banyak juga ramalan beliau yang lain yang sudah berlalu dan ternyata salah dan tidak berlaku pun. Sylvia Browne yang merupakan seorang ahli psikik itu pun telah meninggal dunia pada tahun 2013.
Wallahu a'lam .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)