Berita Terkini

Jaket Emoji yang tunjuk Emosi Penunggang Basikal kepada Pemandu Kenderaan Bermotor

Pengilang kereta iaitu Ford telah menghasilkan 'jaket emoji' untuk membantu para penunggang basikal menyampaikan apa yang mereka rasa ketika berada di jalan raya. Ia berharap dapat membantu untuk komunikasi yang baik antara pengguna jalan raya iaitu antara penunggang basikal dan pemandu kereta.

Jaket Emoji yang tunjuk Emosi Penunggang Basika

Sudah dimaklumkan bahawa penunggang basikal dan pemandu kereta tidak menjadi kawan baik yang saling bekerjasama sebelum ini. Ada saja masalah yang timbul di antara mereka dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya. 

Tetapi Ford menganggap ia mungkin membawa ciptaan yang bijak untuk membantu meringankan drama, dengan mewujudkan jaket emoji baru yang akan membantu penunggang basikal menyatakan bagaimana perasaan mereka ... tanpa ada tendangan dan jeritan dari mana-mana pihak.

Jaket tersebut, yang dibuat bersama Designworks, sebuah perusahaan perindustrian, mempunyai panel LED di mana pemakai boleh memaparkan emoji yang dipilih berdasarkan mood mereka.

Pada masa ini, ia masih hanya sebuah prototaip. Produk itu telah diumumkan sebagai sebahagian daripada kempen Ford's Share the Road, yang bertujuan untuk mempromosikan kaedah berbasikal yang selamat dan menggalakkan komunikasi yang lebih baik antara para penunggang basikal dengan pengguna jalan raya yang lain.

Jaket Emoji yang tunjuk Emosi Penunggang Basika

Bersama-sama dengan simbol-simbol yang berkaitan dengan mood, panel itu juga boleh digunakan untuk menyatakan amaran bahaya dan petunjuk apabila penunggang perlu membelok. Alat ini boleh dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh tanpa wayar, yang dipasang pada hendal basikal.


[LADbible / Ford]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.