Lebih 500 batang gigi telah dikeluarkan dari mulut seorang kanak-kanak di India, kata doktor.
Anak lelaki berusia tujuh tahun itu telah mengadu kepada ibu bapanya sejak berusia tiga tahun bahawa ada bengkak di sebelah kanan rahang bawahnya.
Selepas empat tahun dalam keadaan tidak selesa, doktor di Chennai mendapati ada ketumbuhan besar di dalam rahangnya.
Sebaik sahaja ia dikeluarkan, kakitangan perubatan memotongnya dan mendapati ada 526 batang gigi pelbagai saiz di dalamnya.
Ketumbuhan itu dikenal pasti sebagai komposit komplikasi odontoma.
Dalam kes yang sama pada tahun 2014, 232 batang gigi telah dikeluarkan dari mulut seorang remaja di Mumbai.
[Sky News]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)