Pasaraya di Thailand dan Vietnam menerajui perjuangan menentang penggunaan plastik tunggal dengan menghapuskan beg plastik sama sekali dan menggantikannya dengan daun pisang.
Seperti yang kita ketahui sekarang, sangat penting bagi planet kita berhenti menggunakan banyak plastik setiap masa. Pertama, ia meracuni lautan. Ikan Paus dapat mati dengan banyak plastik dalam perut mereka.
Kedua, jika ia meracuni lautan, ia mungkin meracuni kita juga. Kerana kita makan makanan-makanan yang keluar dari laut juga.
Menurut seorang jurucakap Pasar Lotte di bandaraya Ho Chi Minh, Taiwan, mereka melakukan ini sebagai ujian, tetapi mereka merancang untuk memperluaskan inisiatif di seluruh negara dan berharap dapat menggunakan daun tersebut untuk daging serta sayur-sayuran juga.
Ada juga kaedah-kaedah lain yang digunakan. Supermarket Big C telah mula menggunakan beg biodegradable yang diperbuat daripada jagung.
Korea Selatan baru-baru ini mengharamkan penggunaan beg plastik dan pembungkusan tunggal. Taiwan telah mula mengenakan caj, dan Singapura sedang menjalankan kempen untuk menghentikan orang ramai dari menggunakan beg plastik.
Walau bagaimanapun, perubahan terbesar adalah China, yang telah mengharamkan penggunaan beg plastik tipis sejak tahun 2008. Sejak itu, penggunaan beg plastik telah menurun 66 peratus dan mereka telah menghindarkan lebih daripada 40 bilion beg dari lautan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)