"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan JANGAN LAH KAMU BERCERAI-BERAI, ...." (Surah Aali-Imran : ayat 103)
"Nabi Muhammad S.a.w ialah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap KASIH SAYANG sesama mereka (umat Islam). " (Surah Al-Fath - Ayat 29)
“Dan tidaklah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan sebagai RAHMAT (KASIH SAYANG) bagi semesta alam.” (Surah Al-Anbiyaa' - ayat 107)
Dengar dahulu semua penjelasan oleh Deddy Corbuzier, jangan terus berhenti sekolah :-D
Antara isi-isi penting;
- Mata pelajaran Agama anda di sekolah dapat markah rendah, adakah itu bermakna Agama anda juga KURENG? Ya sudah tentu tidak. Kok anda dapat nilai AGAMA seseorang?
- Adakah semua yang anda belajar di sekolah dulu BERGUNA di masa sekarang untuk kejayaan hidup anda? Anda ingat semua isi pelajaran sejarah, geografi, dan macam-macam sekarang dan anda berjaya kerana itu?
- Sekolah tidak mengajarkan kepada anda tentang WANG, tentang apa-apa yang penting dalam kehidupan sehari-hari.
- Kenapa ada guru matematik, guru sejarah, guru sains dan macam-macam guru? Ya kerana nggak mungkin guru-guru itu dapat MENGUASAI semua subjek dan MENGAJAR semua subjek. Jadi kenapa murid-muridnya MESTI belajar semua subjek, lantas kalau gagal subjek tertentu saja pun sudah menjadikan dia GAGAL naik kelas, GAGAL peperiksaan dan sebagainya? Adakah itu wajar dan waras?
- Dan banyak lagi .......
Sukses di sekolah, HANCUR DI KEHIDUPAN
Beza sekolah di Jepun dan di Indonesia
p/s: Kenapa tidak hanya FOKUS kepada apa yang seorang murid itu MINAT dan boleh MEMAHIRKAN DIRI saja dari kecil? Jadikan subjek-subjek lain itu sebagai ILMU PENGETAHUAN TAMBAHAN sahaja, tanpa perlu menjejaskan KELULUSAN murid tersebut, yang menyebabkan dia SUKAR berkembang dan BERJAYA. Padahal semua orang ada potensi untuk berjaya DALAM BIDANG MASING-MASING.
Jika sebahagian pelajarannya GAGAL, jangan kerana itu jadi GAGAL semuanya. Ya bawa ke hadapan sahaja apa-apa yang dia pandai atau mahir. Kemudian khususkan kepada subjek-subjek itu.
Adakah berbaloi hanya kerana subjek-subjek tambahan yang GAGAL maka seluruh hidup murid itu juga GAGAL untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi? Di mana KEWARASAN kita semua kalau masih TERIKAT dengan sistem pembelajaran PENJAJAH?
Adakah juga berbaloi jika ibu-bapa EMOSI memarahi anak-anak hingga menyebabkan hidup mereka TERTEKAN hanya kerana GAGAL dalam matapelajaran di SEKOLAH? Bagaimana jika anak itu TERTEKAN dan LARI DARI RUMAH? Apa lagi kes-kes bunuh diri. Anak-anak susah, ibubapa sendiri pun akan susah kerana asyik EMOSI dan STRESS yang akhirnya mudah menyebabkan SAKIT FIZIKAL dan juga GANGGUAN JIN.
Adakah sekolah itu segala-galanya? Sedangkan ILMU masih luas dan kerjaya yang banyak di luar sana bukan semua diajarkan di sekolah pun. Lebih-lebih lagi zaman sekarang yang terlalu BANYAK sumber ilmu pengetahuan dari bermacam sudut. Yang penting hanya TAPIS yang mana baik dan yang mana buruk sahaja. Utamakan yang LEBIH PENTING dari yang KURANG PENTING.
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)" (Surah Fusshilat : ayat 33)
“Telah menular dikalangan kamu penyakit umat terdahulu iaitu penyakit hasad dan benci sesama kamu, dan ia adalah pemotong. Aku tidak bermaksud memotong rambut tetapi memotong agama. Dan demi jiwaku di dalam genggamanNya, kamu semua tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu BERKASIH SAYANG. Mahukah kamu aku tunjukkan (cara) mengukuhkan sifat itu dalam diri kamu? Sebarkanlah salam sesama kamu.” (Hadits Riwayat At-Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi & Al-Bukhari di dalam Adab Al-Mufrad).
“Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia KASIH kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Hadits Riwayat al-Bukhari (13)]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)