Berita Terkini

Politik dan Bomoh di Malaysia

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalaamu'alaikum w.b.t....... Ahli-ahli politik yang menggunakan khidmat bomoh sememangnya telah wujud sejak dari zaman kuno dulu lagi. Sebagaimana dalam kisah Firaun pun kita semua tahu bahawa dia juga menggunakan khidmat bomoh iaitu ahli-ahli sihir.

Sehinggakan ke zaman Rasulullah S.a.w pun ada bomoh / dukun-dukun dan ahli sihir (termasuk yang mengaku sebagai nabi seperti Musailamah bin Tsumamah bin Habib Al Kadzdzab). Begitu juga di zaman Khalifah Abu Bakar r.a, ramai orang murtad yang dipimpin oleh dukun-dukun dan ahli sihir, seperti diceritakan dalam kitab al-Bidayah wa an-Nihayah - zaman Khulafa' ar-Rasyidun, karangan Imam Ibnu Katsir.

Berikut adalah petikan dari kitab al-Bidayah itu: Muhammad Ibnu Ishaq berkata, "Orang-orang Arab kembali murtad ketika Rasulullah wafat kecuali penduduk dua masjid, Makkah dan Madinah. Adapun kabilah Asad, Ghatafan telah murtad di bawah pimpinan Thulaihah bin Khuwailid al-Asadi (seorang dukun), dan murtad pula suku Kindah dan sekutunya di bawah pimpinan al-Asy'ats bin Qais al-Kindi. Kemudian diikuti oleh suku Mudzhij dan sekutunya di bawah pimpinan al-Aswad bin Ka'ab al-Ansi (seorang dukun)....... Ada pun Bani Hanifah masih tetap di bawah Musailamah bin al-Habib al-Kadzdzab....... Adapun Bani Tamim mereka murtad di bawah komando Sajah, seorang wanita Tukang Sihir.  [al-Bidayah wa an-Nihayah - zaman Khulafa' ar-Rasyidun, karangan Imam Ibnu Katsir.  Boleh juga rujuk kitab Tarikh at-Thabari]

Dan jangan ingat perkara-perkara yang dikategorikan sebagai tahyul begini hanya wujud di Malaysia, kerana boleh dikatakan kebanyakan negara pun ada berlaku hal sebegini.

Tulisan ini bukan mahu menuduh dan memburuk-burukkan mereka-mereka yang terlibat di dalamnya, tetapi sekadar membawa laporan-laporan akhbar dan pendedahan bervideo agar masing-masing dapat menilai sendiri.  Semoga kita tidak tertipu dan terlibat dengan kesyirikan yang diamalkan oleh para bomoh yang berada di luar landasan yang betul.

Dan jika sekiranya laporan-laporan tersebut benar, maka adalah diharapkan mereka-mereka yang terlibat itu telah / akan insaf dan bertaubat.  Dan semoga golongan AGAMAWAN negara dapat mengambil inisiatif dalam menghadapi dan membasmi amalan-amalan khurafat.

Sebelum kita menongkah lebih jauh, bagi yang belum membaca laporan-laporan media berkenaan isu ini, boleh membacanya di link-link di bawah sebagai 'intro';

MalaysiaKini , 2 Mei 2006 - Peranan bomoh dalam politik Malaysia

Sinar Harian, 23 Februari 2013 - Guna bomoh untuk menang pilihanraya

Amalan khurafat ini turut diakui oleh Exco Gabungan Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Sharhan Shafie yang memberitahu, beberapa orang ahli politik ada berjumpa dengannya untuk mendapatkan tangkal dan azimat yang bertujuan mendapatkan pengaruh politik.

"Perkara ini ada berlaku di dalam bidang politik terutamanya pada musim pilihan raya dan saya pernah didatangi beberapa orang ahli politik. Bagaimanapun saya menasihati mereka supaya jangan dekati unsur-unsur khurafat."  Baca selanjutnya di Kosmo.

Penceramah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias al-Hafiz mengakui pernah didatangi beberapa pemimpin parti politik untuk mendapatkan petua agar lebih disenangi rakyat.

Enggan mendedahkan nama pemimpin parti politik terbabit, beliau berkata, walaupun tujuan itu baik tetapi terkeluar daripada landasan Islam sebenar.  Baca selanjutnya di Sinar Harian.


Kes Mona Fandey

Jika diimbas kembali kes pembunuhan Dato' Mazlan Idris, ADUN Batu Talam dulu oleh Maznah Ismail @ Mona Fandey dan suaminya Mohamed Affandi Abdul Rahman pada 2 Julai 1993, dimana Dato' Mazlan telah dikerat 18 sewaktu menjalani upacara mandi bunga. Menurut laporan polis, sebab Dato' Mazlan pergi berjumpa dengan Mona Fandey ialah untuk mendapatkan khidmat Mona, bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai seorang ahli politik.

Dan menurut bekas Pegawai Agama iaitu Ustaz Abdul Rashid Haji Ahmad, antara pelanggan-pelanggan yang pergi mendapatkan khidmat Mona ialah yang mahu mendapatkan pelaris bagi perniagaan mereka, dan juga tokoh-tokoh politik.  Anda boleh saksikan sendiri tentang laporan polis dan pengakuan Ustaz Abdul Rashid itu dalam video di bawah;



Datin Rosmah Mansor

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Dato' Najib Tun Razak juga telah dibongkarkan kaitannya dengan bomoh oleh saudara mara beliau sendiri, bekas keluarga angkat dan beberapa individu lain.  Dia didakwa mempengaruhi suaminya dan juga kebanyakan pimpinan-pimpinan UMNO BN.

Saksikan saja video di bawah sebagai bukti dari orang-orang yang suatu masa dulu pernah rapat dengan Rosmah, tetapi telah lama dibuang dari hidupnya termasuk adik kandungnya sendiri iaitu Rosmanuddin Mansor;


Dari segi psikologinya pun, tidak mungkin orang-orang seperti dalam video di atas terlalu berani untuk mengakui tentang perkara tersebut jika ianya tidak benar. Kerana mereka boleh diambil tindakan yang keras jika sekiranya betul mereka memfitnah isteri kepada Perdana Menteri, iaitu First Lady of Malaysia itu.

Dan fakta tentang kaitan Rosmah dengan bomoh ini dikuatkan lagi oleh pengakuan seorang ahli perniagaan yang pernah berurusan dengan Rosmah suatu ketika dulu iaitu Deepak Jaikishan. 

"Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan bomoh untuk menguasai pentadbiran kerajaaan termasuk mengawal kontrak Kementerian Kewangan", kata Deepak.

"Rosmah guna ilmu sihir untuk menundukkan suaminya, Najib", katanya.

“Rosmah juga menggunakan ilmu sihir terhadap musuh politik, malah menggunakan bagi ‘menundukkan’ suaminya, Datuk Seri Najib Razak,” katanya lagi.

Deepak juga mengakui bertanggungjawab membayar dan membawa bomoh berkenaan untuk bertemu Rosmah apabila diminta berbuat demikian.

Untuk bacaan selanjutnya tentang pengakuan Deepak itu sila ke link di bawah;

Sabah Daily, 14 Februari 2013 - Deepak: Rosmah guna ilmu sihir & bomoh


Raja Bomoh Dato' Seri Panglima Mahaguru Ibrahim Mat Zin

Dalam video di bawah, Raja Bomoh iaitu Dato' Ibrahim Mat Zin telah terlepas cakap banyak rahsia yang bersangkutan dengan politik, akibat keceluparan kerana terlalu emosi terhadap Dato' Khairy Jamaluddin @ KJ. Beberapa nama tokoh politik yang disebut seperti Allahyarham ayah kepada Dato' Najib (Tun Razak), Tun Mahathir, Tun Daim Zainuddin, Dato' Haron Idris dan beberapa lagi, terlibat dengan persatuannya.


Antara ucapan beliau dalam video di atas, "Politik segan dengan Ibrahim Mat Zin, kerana banyak bagi pengaruh-pengaruh pilihanraya politik negara. Kamu ingat Ibrahim ni orang PAS? Ibrahim Mat Zin orang BARISAN NASIONAL cap kapal layar....... "

Video di bawah pula adalah salah satu sessi membomoh oleh Dato' Ibrahim Mat Zin. Dia menangkap PONTIANAK melalui handphone.


Bacaan AlQurannya, dari segi tajwid MOSTLY failed, baris lintang pukang, huruf bertukar-tukar. Sebut Ya Hayyu Ya Qayyum pun jadi Ya Kayyu Ya Khayyum. Sedangkan umur dia sudah 80 ++. Dan jadi bomoh sudah berpuluh-puluh tahun, masih lagi SALAH dalam tajwid dan sebutan ayat-ayat Quran dan Asmaa' Allah?

Mengucap syahadah pun tak berapa nak betul sebutan. Berdoa pun tidak disertakan selawat pada Nabi S.a.w, sedangkan ada hadits yang maksudnya, "Setiap doa terhijab hinggalah seorang itu berselawat ke atas Nabi."  [HR Ad-Dailami]

Hati-hati lah masyarakat semua, jangan asal bomoh sebut bismillah, Allahu akbar dan sebagainya terus percaya, kerana Iblis dan setengah-setengah jin syaitan pun boleh menyebutnya.

Antara kaedah yang dia suruh pesakit amalkan, iaitu MELETAKKAN SURAH YASIN di bawah BANTAL ketika tidur. Bukan kah itu TIDAK MENGHORMATI Surah Yasin? Ayat-ayat AlQuran sepatutnya diletakkan di tempat paling tinggi.

Saya sendiri secara peribadi pernah mengenali seorang yang pernah menjadi GILA dan kembali normal sekejap sebelum gila balik dan akhirnya meninggal dunia. Dia menjadi murid kepada bomoh yang mengajar menyebut ayat-ayat al-Quran dengan cara yang salah ataupun menambah-nambah perkataan lain pada ayat tersebut.


Sekilas tentang Politik dan Bomoh di luar negara

Politik Amerika Syarikat pun tidak terkecuali dari terlibat dengan pengamalan 'Ilmu hitam'. Sebagai contoh, mantan Presiden iaitu George W. Bush pernah dikaitkan dengan pertubuhan rahsia yang mengamalkan pemujaan-pemujaan terhadap syaitan iaitu pertubuhan The Skull and Bones.



Bush akui sendiri beliau terlibat dengan Skull and Bone tetapi tidak mahu menceritakan lebih lanjut

Satu contoh lagi ialah politik di Indonesia, dimana mantan Presidennya iaitu Soeharto, pernah juga dikaitkan dengan penggunaan khidmat bomoh. Soeharto telah memegang tampuk kuasa sebagai Presiden dengan begitu lama sekali iaitu 32 tahun.

Berikut adalah link-link berkenaan dengan kaitan Soeharto dengan bomoh;

Tempo.co, 31 Mac 2013 - Menjadi Presiden, Soeharto dipantau secara gaib

Siapakah dukun-dukun Suharto

Dan sebagainya lagi tulisan-tulisan serta laporan-laporan mengenai Soeharto yang berkaitan dengan bomoh / dukun ..

Di Afrika, peranan bomoh dalam politik harian cukup besar. Emperor Bokassa dari Afrika Tengah menggunakan khidmat bomoh siang dan malam. Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Idi Amin Dada di Uganda dan Mobuto Sese Seko dari Congo.

Czar Nicholas dari Russia pula mempercayai Rasputin dalam pentadbirannya kerana beliau yakin bahawa bomoh yang berjanggut panjang itu mempunyai kuasa mistik yang boleh meramal masa depan.  [Kosmo]


Dan banyak lagi kes lain di di dalam dan luar negara termasuk yang tidak mendapat liputan akhbar .......


Tidak boleh dipandang ringan

Isu politik dan bomoh ini tidak sepatutnya dipandang ringan, kerana ilmu sihir sememangnya wujud, termasuklah 'Sihir Penunduk'.  Maka tidak mustahil lah pengamalnya boleh mengarahkan siapa saja untuk menjalankan apa yang disuruh. Dan jika ianya berkaitan dengan politik pemerintahan, sudah pasti lah rakyat juga semua terlibat kesan darinya.

'Sihir Penunduk' ini kalau digunakan dalam rumahtangga, maka seorang isteri pun boleh menundukkan suaminya, dengan izin Allah. Allah tetap izinkan juga walaupun manusia mahu berbuat kejahatan, sebagai penambah dosa kepada mereka di atas kejahatan yang tersemat di lubuk hati mereka sendiri. 

Ada macam-macam kaedah dilakukan sihir sedemikian, dan antaranya digunakan 'Sihir Ain' iaitu dengan hanya menggunakan renungan mata. Kerana itulah, ada tips dari pengamal-pengamal perubatan Islam untuk mengelakkan dari terkena 'Sihir Ain' ini insyaAllah, iaitu jangan merenung dalam-dalam mata orang yang disyaki ataupun jika berani juga, maka renunglah sambil berzikir kepada Allah dan penuh yakin bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Tidak hairan lah juga, jika kita lihat ada pemimpin yang langsung tidak ada kaliber atau ketokohan dalam berpolitik, tetapi sangat dipuja dan disanjung oleh rakyat. Dan ada pemimpin yang dapat menguasai ramai orang sehingga orang sangat takut dan terpaksa tunduk kepadanya. Begitu juga sampai ada rakyat yang sanggup caci-maki ulama kerana apabila fikiran sudah dirasuk, ditambah lagi dengan putar-belit media-media utama, maka hilanglah pertimbangan berfikir, terutamanya apabila diperkatakan tentang POLITIK di hadapan mereka. Dengan secara automatik mereka boleh bertukar menjadi peribadi yang berlainan dengan watak asalnya,  na'uzubillahi min zaalik .......

Oleh kerana itu, kita juga bertanggungjawab untuk mengkaji dan membaca dari kedua-dua pihak sama ada pihak kerajaan atau pembangkang, agar kita tidak terus menjadi mangsa propaganda dan unsur-unsur yang berkaitan dengan perbomohan. Sikap menutup telinga terhadap pihak yang satu lagi dan terus tidak mahu mendengar hujjah-hujjah dari mereka adalah sikap yang sangat tidak matang dan boleh membawa kepada ketidak-adilan terhadap diri kita sendiri.

Semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang melibatkan syirik terhadap Allah S.w.t ini, amiin. Wallahu a'lam ..  :)


Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.