Berita Terkini

Cara Melebatkan Bunga Kertas @ Bunga Bougainvillea

Bunga Bougainvillea / Bunga Kertas ialah di antara bunga yang boleh tumbuh lebat, malah lebih lebat dari daun, jika betul caranya. Di antara cara-cara yang telah diperakui dan terbukti berkesan untuk melebatkan Bunga Kertas ialah;

1 - Meletakkan pokok bunga ini di bawah sinar matahari penuh. 

2 - Lakukan pemangkasan daun dari semasa ke semasa agar bunganya lebih dominan. Ia juga untuk menggalakkan pertumbuhan ranting baru dan kedudukan berdekatan agar bunga kelihatan lebat kerana berkumpul setempat.

3 - Siram pokok 2 hari sekali (selang sehari) untuk menjadikannya "stress" air. Sebaiknya, pastikan permukaan tanah sudah kering sebelum menyiram kembali.

4 - Siram waktu tengahari, iaitu ketika matahari panas terik. Pokok-pokok lain biasanya tidak sesuai disiram ketika ini, tetapi berlainan dengan pokok bunga kertas. Tips ini saya perolehi dari seorang yang sudah lama berkecimpung dalam melebatkan bunga kertas dan ianya amat berhasil. Kenapa? Ya mungkin kerana menambah "stress" pada pokok.

5 - Guna baja yang khas untuk bunga. Pembajaan dilakukan dalam 2 minggu sekali atau lebih lama selangnya. Tanpa baja pun, Bunga Kertas boleh lagi berbunga lebat. Cuma dengan baja, biasanya bunga lebih nampak subur dan sihat. Tetapi hati-hati, kerana kebanyakan pokok boleh mati kerana TERLEBIH BAJA. Maka perlu ikut SUKATAN PEMBAJAAN yang betul.

6 - Jangan biarkan tanah menjadi terlalu lembab atau air bertakung, kerana pokok Bunga Kertas tidak suka kan keadaan ini.

7 - Jika tanam dalam pasu, pastikan akar tidak menerobos ke dalam tanah bumi. Jika ada akar-akar yang sudah masuk ke dalam bumi, potong dan sisa kan akar-akar di dalam pasu sahaja. Dan jika akar sudah penuh pasu, maka waktunya untuk "repot".

Untuk panduan seterusnya secara praktikal, boleh tonton video di bawah.


Video kredit kepada channel DAUNIJO



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.