Berita Terkini

Beberapa Tips kepada Pemula Seni Bonsai

Sudah tentu jika kita mahu memahirkan diri dengan sesuatu, perlu ada ILMU. Begitu juga dengan bidang Bonsai, perlu sekurang-kurangnya tahu ASAS, TEKNIK-TEKNIK dan apa yang perlu dan tidak perlu bagi kita.

Bonsai Mania photo manipulation

Berikut ada beberapa tips yang boleh anda pertimbangkan sebelum anda melangkah ke alam Bonsai dengan lebih jauh lagi. 

1 - Beli terlebih dahulu sebatang pokok bonsai (yang murah jika tidak mampu yang mahal), dan menjaganya dengan baik. Dengan penjagaan itu sebenarnya anda sedang belajar mengetahui apa yang baik dan tidak baik bagi pokok tersebut. Sebaiknya beli yang kecil-kecil dahulu, kerana ianya lebih mudah untuk dijaga. Proses belajar apa pun sebaiknya dari yang mudah dahulu, kemudian beransur-ansur makin susah.

Ini sebagai mengelakkan dari anda buang masa dan penat pergi menggali / mengumpul pokok dari alam (proses Yamadori), tetapi tidak lama selepas itu pokok-pokok itu mati semuanya kerana anda tidak tahu bagaimana untuk menjaganya dan apa keperluan-keperluan pokok tersebut.

Antara pokok yang mudah dijaga dan dibuat bonsai ialah seperti Juniper, Ficus (Beringin), Cherry Blossom, Azalea, Japanese Red Willow, Cotoneaster, Elm, Pine, Jade atau Japanese Maple. Beli pokok dari orang yang sudah berpengalaman dan dapatkan nasihat-nasihat mereka tentang penjagaan pokok.

2 - Jangan dengar kata-kata negatif dari orang yang tidak arif tentang bonsai. Biasanya akan ada mulut-mulut yang memberitahu anda bahawa pokok yang anda mahu jadikan bonsai itu tidak sesuai, cara anda menjaganya tidak betul, cara anda membikin bonsai tidak betul, dan sebagainya. Itu semua hanya akan melemahkan semangat anda, jika anda melayan perasaan mendengarnya.

Lagi pun tidak ada betul atau salah dalam seni bonsai, dan bukan hanya satu jenis bonsai sahaja yang ada, tetapi ada bermacam seperti JENIS natural, expression, surreal dan minimal. Begitu juga dengan GAYA membonsai seperti cascade, menegak, windswept, senget dan lain-lain. 

gaya-gaya bonsai
Gaya-gaya Bonsai - Foto kredit: Bonsai Empire

3 - Belajar dari orang-orang yang arif dan berpengalaman luas dalam ilmu Bonsai. Kalau zaman dulu memang payah untuk belajar, kerana perlu hadiri kursus, seminar dan sebagainya. Tetapi sekarang tersangat mudah, kerana dari dalam Youtube pun anda sudah boleh belajar ilmu Bonsai dari pakar-pakar bonsai.

4 - Sediakan peralatan-peralatan untuk membonsai jika anda mahukan kerja anda menjadi lebih mudah disamping memelihara pokok agar tidak cacat dan seumpamanya (melainkan anda sengaja mencacatkan batang pokok dengan tujuan untuk pembesaran batang dan seumpamanya). Ini kerana jika tidak kena dengan alatnya, anda mungkin akan tercederakan kulit pokok, terpotong sana sini dengan tidak sengaja, sehingga boleh menyebabkan kerosakan yang tidak diingini.

Antara peralatan asas yang perlu ialah pengait (rake), gunting (shears), pemotong cabang (branch cutter), pemotong cekung (concave cutter) dan pemotong kawat (wire cutter). Kawat sebaiknya yang digunakan ialah kawat aluminim dan kawat tembaga, kerana tahan karat. Jika digunakan kawat yang mudah berkarat, nanti akan memberi risiko terhadap kesihatan pokok.

Dan sudah tentu peralatan-peralatan tadi mesti bersih dan disteril terlebih dahulu. Kerana jika ada kuman atau bakteria perosak, akan memberi risiko penyakit kepada pokok.

5 - Kaji dan kenali pokok bonsai anda. Tidak semua pokok yang dijadikan bonsai sama dari segi penjagaan, cara pemangkasan, cara meletak kawat dan seumpamanya. Ada pokok yang perlu banyak air, ada yang tidak perlu banyak air. Ada yang perlu dipangkas daunnya selalu atau dengan banyak, ada yang tidak perlu pangkas banyak (seperti pokok yang sudah sedia kecil daunnya). Ada yang sensitif, ada yang jenis tahan lasak.

Ketahuilah pokok mana yang sesuai dengan anda, dengan cuba menjaga pelbagai spesis. Ketahui juga bagaimana cara pembiakan pokok, sama ada hanya dengan benih, atau keratan batang, tut dan sebagainya. 

6 - Pastikan bonsai yang bagaimana yang anda minat. Jika anda minat bonsai yang berukuran besar, maka ketahuilah, ianya bukan mengambil masa berminggu atau berbulan untuk mencapai tahap itu. Tetapi mengambil masa banyak tahun, malah mungkin berbelas atau berpuluh tahun. Jadi, jika anda menyemai pokok dari biji benih, jangan harap akan dapat apa yang anda impikan dalam masa terdekat.

Melainkan anda minat bonsai yang berukuran kecil seperti mikro atau mini bonsai. Mungkin memakan masa yang tidak terlalu lama, sebelum semangat membara anda terpadam begitu saja. Jadi, bagi orang yang suka bonsai berukuran besar, cara terbaik ialah sama ada dengan pergi menggali / mengumpulnya (Yamadori) sendiri dari alam, atau beli sahaja yang sudah siap. 

7 - Ketahui tentang media yang digunakan dan persekitaran pokok. Tanah yang sesuai, baja (pupuk) yang sesuai, cuaca yang sesuai, suhu yang sesuai, pasu (pot) yang sesuai dan bila perlu tukar pasu (repot), tempat yang sesuai, saliran air yang cepat dan pengudaraan yang betul.

Ketahui juga tentang campuran-campuran kepada tanah yang bagus seperti sabut kelapa yang dikisar (cocopeat), perlite, pasir malang dan lain-lain. Begitu juga kegunaan lumut (moss) yang selain dari mencantikkan dan menjadikan landskap pokok nampak lebih realistik sebagai miniatur, boleh juga membantu mengawal kelembapan dan suhu tanah.

Nitrogen (N), Phosphorous (P) dan Potassium (K) adalah nutrien utama yang diperlukan untuk tumbuhan. Nitrogen adalah penting untuk pertumbuhan yang betul dan kehijauan warna daun. Phosphorous membantu dalam pertumbuhan akar dan Potassium membantu dalam pertumbuhan semula sel, pengeluaran buah dan bunga.

8 - Membentuk pokok merupakan satu seni, maka perhaluskan jiwa anda. Seperti yang telah disebutkan di atas, ada bermacam jenis bonsai seperti JENIS natural, expression, surreal dan minimal. Jika anda lebih suka kepada yang lebih natural, maka perbanyakkan membuat pemerhatian terhadap pokok-pokok besar di sekeliling anda.

Perhatikan seni yang dicipta oleh Pencipta kita, terutamanya pada cabang-cabang, ranting-ranting dan juga akar. Ianya ada kaitan juga dengan corak fractal. Hayati juga pergerakan dan alunan batang dan cabang itu sama ada pergerakannya mencari cahaya matahari, atau pergerakan kerana tiupan angin, tekanan alam dan sebagainya.

Setiap pokok itu juga mempunyai pengalaman hidup masing-masing. Maka jika anda mahu meniru  sebuah pokok yang sangat tua, fikirkan juga tentang apa yang sudah dilalui oleh pokok itu. Kesan tiupan angin, geseran dengan pokok lain, hakisan air, kecederaan yang diterima dari haiwan dan manusia dan sebagainya. Dari sini lah akan tercetus idea-idea untuk membentuk pokok menjadi seperti apa yang kita inginkan.

Foto kredit: pinterest

9 - Jangan putus asa, kerana emas tidak turun begitu saja dari langit. Yang penting anda minat dan ada kemahuan, maka di situ ada jalan, insyaAllah. 

Selamat maju jaya, bravo Bonsaimania!


p/s: Penulis sendiri pun masih mengkaji dan belajar ilmu Banzaiii!!  Eh Bonsai .......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.