Berikut adalah di antara beberapa Bunga Telur dari majlis perkahwinan yang disimpan oleh emak saya selama ini hasil dari kunjungannya ke majlis-majlis orang kahwin. Ada banyak lagi sebenarnya, tetapi ini adalah di antara pilihan saya untuk dibuat koleksi sahaja.
Antara Bunga Telur dalam simpanan saya
Ntah kenapa tiba-tiba datang minat untuk mengumpul Bunga Telur ni huhu. Lagi pun melihat kepada cantik dan kreatifnya hasil kraftangan setiap satu tu, jadi sayang pula nak dibuang. Alang-alang simpan aja lah untuk kenangan generasi akan datang. Mana lah tahu suatu hari nanti penggunaan Bunga Telur ini akan pupus.
Pemberian bunga telur pada majlis perkahwinan orang Melayu dikatakan sebagai simbol kesuburan. Tetamu yang menerima, diharapkan akan bersama-sama mendoakan pasangan pengantin dikurniakan zuriat, memandangkan kehidupan manusia bermula daripada persenyawaan benih telur. [Utusan Online]
Teringat pula kepada Easter Egg dan Isytar (Ashtaroth / Semiramis / Dewi Kesuburan). Tapi mudah-mudahan tak mengapalah, asalkan tidak lari dari aqidah dan bercanggah dengan agama. Lagi pun memang adat Melayu kita ni banyak berkaitan dengan ritual-ritual dan kepercayaan kuno. :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)