Berita Terkini

Logik di Akal kita tidak semestinya ia betul-betul Logik

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari kategori manakah anda tergolong? Dari mereka yang suka berfikir secara logik atau suka berfikir yang tidak logik? :-D

Selalunya orang berfikir bahawa apa yang dia fikir logik itulah sebenarnya logik. Sedangkan apa yang kita rasa logik itu, belum tentu ianya betul-betul logik. Itu hanya logik di akal kita sendiri, belum tentu logik di akal orang lain, dan belum tentu logik pada HAKIKATNYA.

Contoh mudah, seorang ateist berfikir bahawa TIDAK LOGIK ada Tuhan. Kerana alasannya, mereka TIDAK NAMPAK Tuhan dan tiada siapa pun pernah nampak Tuhan. Sedangkan jika dibahas secara lengkap, KETIADAAN Tuhan itulah yang sebenarnya TIDAK LOGIK. Adalah TIDAK LOGIK segala sesuatu itu terjadi dengan sendirinya tetapi mempunyai SISTEM. Dari sekecil-kecil makhluk seperti ATOM, sehinggalah sebesar-besar makhluk seperti matahari dan planet, mempunyai SISTEM. Maka di sana mesti ada satu PUNCA KUASA terbesar yang mencipta dan mengatur alam ini. Kerana suatu SISTEM tidak akan terjadi jika tidak DIATUR.

Ada pula teori sains mengatakan alam semesta ini terjadi selepas berlakunya letupan dengan sendiri, tanpa ada kaitan dengan Tuhan. Sedangkan jika kita fikir sedalamnya, adalah TIDAK LOGIK sama sekali suatu benda itu MELETUP kemudian terjadinya bermacam-macam SISTEM dari sekecil makhluk hingga sebesar-besarnya.

Keberadaan Tuhan itulah sebenarnya YANG PALING LOGIK jika diperhati dan diamati kepada segala kejadian yang ada di alam ini yang mempunyai sistem-sistem dan peraturan-peraturan tertentu. Bukannya hentam kromo tidak tahu mana kepala mana ekor.

Konsep ini lebih kurang sama juga dengan SELERA manusia. Sila baca juga Sedap atau tidak VS Canggih atau tidak.


Kenapa terjadinya perbezaan pendapat ini? 

Banyak faktor yang boleh menyebabkan terjadinya perbezaan pandangan sama ada logik atau tidak sesuatu perkara itu. Antara yang paling ketara ialah kerana KURANG ILMU terhadap perkara tersebut. Sebagai contoh, ada yang menganggap wujudnya JIN itu adalah satu MITOS sahaja. Ini kerana dia belum nampak, rasai, kaji dan alami sendiri pengalaman yang berkaitan dengan jin. Yang menyebabkannya mungkin merasa tidak yakin bahawa jin itu sebenarnya wujud.

Akan tetapi bagi orang yang sudah ada pengalaman dengan jin, sudah tentu meyakini bahawa kewujudan mereka adalah LOGIK.

Dan ada juga orang yang belum ada pengalaman berinteraksi atau merasai kehadiran jin, tetapi kerana dia yakin dengan kebenaran-kebenaran yang sudah diceritakan di dalam Al-Quran dan Al-Hadist, maka keyakinan dan keimanannya itu yang menyebabkan dia berfikir bahawa kewujudan jin itu adalah LOGIK.


Kesimpulan

Jadi untuk memastikan mana yang LOGIK dan mana yang TIDAK LOGIK, ia perlu dibahas, diadakan forum dan didiskusikan. Kerana yang benar pasti tertegak dan yang bathil pasti terhapus.

"Dan katakanlah, "Kebenaran telah datang dan yang bathil telah lenyap." Sungguh, yang bathil itu pasti lenyap." (Surah al-Israa' : ayat 81)

Jika ianya tidak dibahas, didiskusikan atau dibuat forum, maka fikiran kita akan TERTUTUP kepada pandangan kita semata. Sedangkan kita bukan seorang yang sempurna untuk memutuskan segala perkara.

Namun begitu, diskusi sesama pihak yang berpendapat sama, tidak akan mendapat jawapan yang sewajarnya kerana tidak seimbang. Akan tetapi diskusi perlu diadakan antara pihak yang berlainan pendapat. Sebagai contoh, ateist sama ateist berdiskusi untuk mencari kesimpulan keberadaan Tuhan itu logik atau tidak, adalah tidak bijak sama sekali.  Kerana kedua-duanya sudah tidak mempercayai keberadaan Tuhan. Akan tetapi ateist diskusi bersama dengan ilmuan Islam (terutamanya ilmuan Aqidah) yang mempercayai keberadaan Tuhan, barulah kena gayanya.

Wallahu a'lam :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.