Berita Terkini

Tahun 2020, apa perkara-perkara besar yang dijangka berlaku?

Banyak perkara besar dijangka berlaku dalam tahun 2020.  Catatan ini hanyalah sekadar BOOKMARK kepada saya sendiri untuk rujukan di kemudian hari. Jika ada lagi peristiwa-peristiwa yang relevan yang dijangka berlaku dalam tahun 2020, sila beritahu ya. Terima kasih :-)


Israel 2020

Israel 2020 diumumkan pada tahun 1990, ketika zaman pemerintahan Yitzak Shamir dari parti Likud, setahun sebelum Wawasan 2020 Malaysia. Walaupun "master plan" nya telah pun dirangka sejak dari tahun 1948 lagi.

Dalam tahun 2020 juga dijangka gas asli dari Israel yang bernilai $10 billion dollars akan disalurkan ke Jordan, yang merupakan salah satu projek usahasama mereka. 


Wawasan 2020 (Malaysia)

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.  Wawasan ini diperkenalkan semasa pembentangan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991.

Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. [Wikipedia]


Visi Indonesia 2020

Visi Indonesia 2020 adalah arah pandangan negara Indonesia yang tertuang dalam Ketetapan MPR Nomor VII/MPR/2001. Di sana tertulis visi Indonesia 2020 adalah terwujudnya masyarakat Indonesia yang religius, manusiawi, bersatu, demokratis, adil, sejahtera, maju, mandiri, serta baik dan bersih dalam penyelenggaraan negara. [Wikipedia]


India 2020

Adalah wawasan India untuk mencapai negara maju yang dimulai dengan penulisan buku India 2020: A Vision for the New Millennium oleh Presiden India A P J Abdul Kalam, pada tahun 1998.


Wawasan 2020 (Rwanda)

Wawasan 2020 (Rwanda) adalah program pembangunan kerajaan di Rwanda, dilancarkan pada tahun 2000 oleh presiden Rwanda, Paul Kagame.

Objektif utamanya adalah mengubah negara menjadi negara berpendapatan sederhana berasaskan pengetahuan, dengan itu mengurangkan kemiskinan, masalah kesihatan dan menjadikan negara bersatu dan demokratik.


Joint Vision 2020

Joint Vision 2020 adalah dokumen yang dikeluarkan pada 30 Mei 2000, oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang menyatakan keperluan untuk "dominasi spektrum penuh" di medan perang. Konsep Joint Vision 2020 kemudiannya membentuk asas doktrin ketenteraan Amerika Syarikat.

Dokumen ini membayangkan ancaman tentera yang mungkin dihadapi Amerika Syarikat pada tahun 2020 dan kemungkinan tindak balas terhadap ancaman ini.


WHO Vision 2020

VISI 2020 adalah inisiatif global yang bertujuan untuk menghapuskan kebutaan yang boleh dielakkan menjelang tahun 2020. Ia dilancarkan pada 18 Februari 1999 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama dengan lebih daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang terlibat dalam penjagaan mata dan pencegahan dan pengurusan buta yang terdiri daripada Agensi Antarabangsa Pencegahan Kebutaan (IAPB).


Tokyo 2020, The 2020 Summer Olympics

Tokyo 2020 adalah acara multi-sukan antarabangsa yang akan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020.

Sukan Olimpik ini akan menandakan kemunculan Sukan Olimpik Musim Panas ke Tokyo untuk kali pertama sejak tahun 1964, dan Sukan Olimpik keempat akan diadakan di Jepun, berikutan Sukan Olimpik Musim Sejuk 1972 di Sapporo dan Olimpik Musim Sejuk 1998 di Nagano.


Family Planning 2020 (FP2020)

Perancangan Keluarga 2020 (FP2020) adalah perkongsian global yang menyokong hak wanita dan perempuan untuk membuat keputusan, bebas, dan untuk diri mereka sendiri, sama ada, bila, dan berapa ramai anak yang mereka mahu.


Penggunaan 5G

Penggunaan 5G dijangka akan melata di seluruh dunia dalam tahun 2020. Setelah diteliti, banyak juga kajian yang memperkatakan tentang risiko-risiko buruk penggunaan 5G terhadap kesihatan manusia. 


China rancang mahu tawan Taiwan pada tahun 2020

CHINA akan berusaha melengkapkan "pemberian nafas baru besar" negara pada tahun 2020 dengan menyerang Taiwan dalam langkah yang boleh berisiko mencetuskan Perang Dunia 3. [www.dailystar.co.uk]


United States presidential election, 2020

Pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020, yang dijadualkan pada hari Selasa, 3 November 2020, akan menjadi pemilihan presiden ke-59.  [Wikipedia]


Kemunculan Mujaddid (Pembaharu Agama)

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam, bersabda, “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di setiap awal 100 tahun, seseorang yang akan memperbaharui (tajdid) agama ini.”  [Sunan Abu Dawud]

Allah S.w.t akan mengutuskan para mujaddid (pembaharu agama) pada setiap kurun waktu 100 tahun. Jika kehancuran dunia Islam ditandai dengan jatuhnya khilafah Turki Utsmaniyyah pada tahun 1924, maka 100 tahun kemudian (menurut pengiraan tahun hijriah) akan jatuh pada tahun 2020. Jika menurut tahun masehi, maka mungkin 4 tahun lagi (iaitu 2024).

Dan sekiranya ini betul, maka kemungkinan pentajdid itu ialah Imam al-Mahdi, atau mungkin juga seorang yang lain.  Wallahu a'lam .......


Adakah kemungkinan Dajjal pun akan keluar dalam tahun 2020? Keluar atau tidak, bersedialah dari sekarang, kerana lambat-laun dia akan keluar juga. Semoga Allah S.w.t merahmati dan memberkati kita semua, serta mengamankan kita dari Fitnah Dajjal, amin. :-)



1 ulasan:

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.