Berita Terkini

RESPECT Ustaz Ebit Lew Nasihat Mak Nyah Berdepan


Saya respek anda wahai Ustaz Ebit Lew ... kenal-kenal dulu orang, dekati golongan istimewa ni dengan penuh kasih sayang, kemudian saling nasihat menasihati ... step by step, bukannya terburu-buru dengan MAKI HAMUN, kerana HIDAYAH itu milik ALLAH. Allah hanya suruh kita BERUSAHA buat kerja dakwah dengan penuh KESABARAN. :-)


Sama lah dalam kes LGBT pun, sepatutnya dibuat pendekatan seperti ini juga.  Golongan ini perlu diperjelaskan agar kembali ke pangkal jalan, kerana ramai dari mereka terlajak akibat pengalaman hidup mereka. Ada yang disisih, diperli, dipermainkan, dihina, sehinggakan mereka terpaksa bergaul dengan sesama jenis mereka, hingga akhirnya terjebak dalam seks luar tabi'e dan keruntuhan moral.

Ujian bagi mereka, mereka dilahirkan dengan perasaan minat kepada sesama jenis. Ujian bagi orang straight, minat kepada lawan jenis. SEMUA MANUSIA ada naluri seks. Lelaki yang teringin kepada WANITA pun diuji juga, jadi sepatutnya kita kena lawan NAFSU itu dan tidak dibiarkan LOOSE CONTROL dan tidak semberono.

Berapa ramai yang saya kenal asalnya lelaki LEMBUT (Mak Nyah) juga, tetapi akhirnya dapat kahwin dengan wanita dan beranak pinak hidup bahagia. Boleh je sebenarnya jika DIDIKAN yang betul diberikan dan TEKANAN tidak diberikan kepada mereka.  Masyarakat sebolehnya JANGAN terlalu EKSTRIM dan berlaku tidak adil terhadap mereka, kerana itu semakin memberi TEKANAN kepada golongan ini, terutamanya Mak Nyah.

Bagi pihak yang membela LGBT, niat dan tujuan mereka sudah bagus, atas dasar 'human rights'. Cuma, mereka support kesemuanya hingga tak kisah sama ada golongan itu melakukan seks diluar tabi'e atau tidak. Sepatutnya, yang membela mereka ini lah yang menghantar orang supaya didik mereka,  disamping beri mereka jaminan 'human rights'.

Masyarakat pula, jangan lah beri TEKANAN kuat kepada mereka, menyebabkan mereka lagi TERTEKAN. Fahami keadaan mereka seperti yang saya sebutkan di atas. Para ilmuan agama sepatutnya mendidik juga masyarakat agar lebih memahami golongan ini.

Islam di zaman Nabi Muhammad S.a.w dulu pun berkembang dengan umat Islam didera fizikal mental, dicaci maki, dihina, hinggakan dibunuh. Selepas dah teruk umat Islam kena, baru lah Allah turunkan perintah supaya membalas serangan.

Kita sekarang, MENEKAN golongan lain terlebih dahulu, tanpa berhujjah dengan mereka sebaik mungkin. Mereka tak memerangi kita, tetapi kita pula yang cuba MELANYAK mereka terlebih dahulu. Hasilnya, kredibititi umat Islam juga yang semakin tercemar di mata Non-Muslim.  Kita sepatutnya ajak orang kepada Islam, tetapi sebaliknya sekarang, kita pula yang semakin menjauhkan orang dari Islam. Wallahu a'lam  :-)

AKHLAK BAIK = boleh MELEMBUTKAN HATI

MAKI HAMUN = makin MENGERASKAN HATI






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.