Berita Terkini

Debat India Malaysia vs Syeikh Adnan Rashid berkenaan ISLAM TIDAK MAJU


Teknologi manusia sangat hebat sebelum BANJIR BESAR NABI NUH. Kenapa begitu? Kerana Nabi Adam a.s dulunya diajar ilmu-ilmu dunia ini secara langsung oleh Allah S.w.t. Mana ada guru yang lebih baik dari Tuhan Pencipta sekelian alam sendiri? Kemudian diturunkan pula kepada nabi-nabi lain selepasnya, hinggakan setiap nabi itu ada kepakaran mereka yang tersendiri dalam bab ILMU DUNIA.

Kenapa teknologi mereka sangat hebat? Cuba bayangkan, manusia zaman itu dapat hidup selama beratus-ratus tahun, dan ada yang boleh mencapai hampir seribu tahun. Bandingkan dengan kita sekarang yang puratanya tidak sampai umur 100 tahun pun. 

Kemudian teknologi dan peradaban manusia kembali primitif selepas banjir besar itu. Sampai ke zaman Nabi Isa a.s pun, teknologi masih tidak memuncak dengan hebat. Hinggalah selepas Nabi Muhammad S.a.w diutuskan, dan Al-Quran diturunkan, teknologi semakin berkembang pesat hingga ke hari ini.

Perkembangan ilmu sangat hebat di zaman kerajaan Abbasiyyah di Baghdad. Hinggalah datang tentera Mongol yang brutal menghancurkan Baghdad pada tahun 1258 M di bawah pimpinan Hulagu Khan. Di situlah banyak ILMU dicedok dan dibawa balik ke tempat mereka. Yang akhirnya diwarisi oleh negara yang hari ini kita namakan sebagai China.

Barat juga banyak mencedok ilmu-ilmu dari ilmuan Islam. Peradaban Islam telah berkembang ketika barat masih lagi mengalami zaman kegelapan dan keganasan. Banyak tulisan dan buku-buku karangan ilmuan Islam dulu seperti al-khawarizmi, al-Jazari, al-Biruni, al-Kindi, ar-Razi, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan sebagainya diterjemahkan oleh barat ke bahasa-bahasa mereka. Yang akhirnya, mereka pula yang mengakui bahawa ilmu-ilmu tersebut dikembangkan oleh mereka sampai ke hari ini. Wallahu a'lam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.