Laksamana adalah satu jawatan tertinggi dalam sistem ketenteraan Kerajaan Melayu Melaka (1400-1511). Dalam sistem Kerajaan Melayu Melaka, tentera laut adalah yang paling utama, berdasarkan bahawa masyarakat Melayu ketika itu adalah pelaut dan ahli dalam pelayaran. Mereka yang berpangkat Laksamana dalam Kerajaan Melayu Melaka itu digelar Orang Kaya. Hang Tuah dikatakan antara pembesar Melayu pertama yang dikurniakan gelaran Laksamana. [Wikipedia]
Pangkat Laksamana masih lagi digunakan sekarang dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Tetapi kuasanya tidaklah sama seperti zaman kerajaan Melayu Melaka dulu. Pangkat Laksamana terletak di bawah pangkat yang tertinggi iaitu Laksamana Armada dan di atas pangkat Laksamana Madya. Di samping TLDM, Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI-AL) juga menggunakan pangkat Laksamana.
Perkataan Laksamana sebenarnya berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Lakshmana. Lakshmana ialah putera Raja Dasarata, kerajaan Kosala di Ayodhya, yang juga adik tiri Rama (yang disebut dalam kitab epik Hindu iaitu Ramayana). Dia mempunyai seorang saudara kembar yang bernama Shatrughna.
Dalam wiracarita Mahabharata, ada seorang personaliti lain yang bernama Laksmana (ataupun dikenali juga Laksmanakumara). Dia adalah putera kepada Duryodana dari Hastinapura.
p/s: Ada juga orang melawak mengatakan ia berasal dari kata laksa mana? (di mana laksa?) . Tetapi ia hanya sekadar bahan lawak, tiada kena mengena langsung sebenarnya :-D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)