Harap maaf, ini bukannya artikel tentang tips mahu dapat anak, tetapi hanya sekadar kajian untuk melihat ramai mana di luar sana pasangan yang sudah kahwin bertahun tapi masih tak dapat anak. Jika anda di antaranya, harap kerjasama beritahu di ruangan komen ya, terima kasih.
Kenalan dan sedara-mara saya juga ramai yang mengalami hal ini. Jika anda adalah pasangan yang sudah pergi cek doktor di klinik atau hospital dan doktor beritahu tak ada masalah apa-apa, tapi masih tak dapat anak, saya syorkan agar saudara pergi juga ke pusat-pusat rawatan Islam seperti Darus Syifa' dan seumpamanya. Kerana ada kes-kes yang melibatkan "buatan orang" dan gangguan makhluk halus yang "bersantap" di dalam rahim wanita, wallahu a'lam.
Apa-apa pun, saya doakan agar anda yang masih belum dapat anak, akan mendapat anugerah cahaya mata nanti, amin. Sama-sama lah kita doa-mendoakan antara satu sama lain.
Sekian dimaklumkan, wassalaam ....... :-)
Gambar sekadar hiasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)