Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

» » Pemimpin Muslim gesa orang Indonesia untuk boikot Starbucks kerana LGBT

Seorang pemimpin organisasi Islam kedua terbesar di Indonesia telah menyeru agar boikot Starbucks, dengan mengatakan bahawa rangkaian kopi antarabangsa itu menyokong LGBT dan berisiko merosakkan teras "agama dan budaya" negara Asia Tenggara tersebut.

Pemimpin Muslim gesa orang Indonesia untuk boikot Starbucks kerana LGBT
Gambar oleh REUTERS/Mohammad Khursheed

Dengan pengecualian wilayah ultra-konservatif iaitu Aceh, homoseksual adalah sah di Indonesia. Tetapi serbuan polis ke atas komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) telah meningkat di negara Islam paling ramai di dunia itu.

Anwar Abbas dari Muhammadiyah, sebuah organisasi yang mempunyai kira-kira 30 juta ahli, berkata kerajaan harus membatalkan lesen operasi Starbucks kerana sokongan syarikat itu untuk komuniti LGBT itu "tidak selaras" dengan ideologi negara.

"Jika Starbucks hanya menjalankan perniagaan, maka itu tidak mengapa, tetapi jangan membawa ideologi itu di sini," kata Abbas kepada Reuters melalui telefon pada hari Sabtu.

PT Sari Coffee Indonesia, yang memiliki lesen untuk mengendalikan rangkaian Starbucks, adalah entiti perniagaan yang sah dan "sentiasa mematuhi peraturan yang ada dan menghargai nilai budaya di Indonesia", menurut seorang eksekutif di syarikat induknya.

Ditanya mengapa beliau mengambil keputusan untuk menentang Starbucks, Abbas berkata bahawa beliau dimaklumkan dalam satu kumpulan sembang mengenai komen pro-LGBT dibuat oleh eksekutif kanan syarikat itu, Howard Schultz.

Schultz kini menjadi pengerusi Starbucks selepas melepaskan jawatannya dahulu sebagai ketua eksekutif.

Forbes melaporkan bahawa apabila pemegang saham Starbucks mengadu pada tahun 2013 bahawa syarikat itu telah kehilangan pelanggan kerana sokongannya terhadap perkahwinan gay, Schultz berkata ia menerima kepelbagaian dan "bukan setiap keputusan adalah keputusan ekonomi".

[Reuters]


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)