Berita Terkini

Pesawat X-Plane NASA lebih perlahan bunyi dari Concorde

Pesawat X (X-Plane) supersonik NASA akan menjana bunyi kira-kira 60 A-Weighted desibel, yang berada dalam lingkungan perbualan biasa.

Pesawat X NASA Supersonic

NASA dan Lockheed Martin telah bekerjasama untuk membuat perjalanan komersil supersonik senyap terbang rendah menjadi realiti. Pada hari Selasa, agensi angkasa persekutuan itu mengumumkan bahawa ia telah menyiapkan kajian reka bentuk awal pesawat futuristik X-nya.

Pakar-pakar dari kedua-dua NASA dan Lockheed Martin membuat kesimpulan pada hari Jumaat bahawa reka bentuk QueSST (Quiet Supersonic Transport) memenuhi semua objektif misi pesawat LBFD (Low Boom Flight Demonstration), termasuk terbang pada kelajuan supersonik sementara menghasilkan hanya ledakan ringan.

Selepas kajian semula reka bentuk awal, langkah seterusnya bagi NASA adalah untuk memulakan permintaan cadangan akhir tahun ini dan memberi kontrak awal tahun depan untuk membina pesawat X yang dikawal juruterbang, berenjin tunggal ini. Agensi itu berkata ujian penerbangan pertama pesawat X LBFD ini akan dibuat pada tahun 2021.

Menurut Lockheed Martin, pesawat demonstrasi tersebut berukuran 90 kaki panjang. Walau bagaimanapun, ia adalah lebih kecil daripada pesawat supersonik awam masa depan. NASA bekerjasama dengan Lockheed Martin untuk reka bentuk awal QueSST pada bulan Februari 2016.

Pesawat supersonik X itu mampu terbang pada kelajuan Mach 1.4 (kira-kira 1,770 kmph), yang merupakan dua kali kelajuan pesawat komersil hari ini dan hampir secepat Concorde, jenis jet penumpang supersonik bertenaga turbojet Inggeris-Perancis yang telah beroperasi sehingga tahun 2003.


Bagaimanapun, pesawat supersonik X NASA akan lebih senyap daripada Concorde. Pesawat X akan menjana kira-kira 60 A-Weighted bunyi desibel, berbanding kira-kira 90 A-weighted bunyi desibel oleh Concorde.

Penerbangan dari London ke New York dianggarkan boleh dibuat dalam masa 3 jam sahaja. Dan tahun lepas mereka mendakwa penerbangan dari Los Angeles ke Sydney boleh dilakukan kurang dari 3 jam.

[IBT / NYP]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.