Kenderaan polis Dubai pandu sendiri tidak lama lagi akan mengawasi jalan-jalan di bandar itu dalam usaha meningkatkan keselamatan.
Polis Dubai akan membangunkan kenderaan memandu sendiri dengan sebuah syarikat yang berpusat di Singapura.
"Kereta peronda pandu sendiri itu akan dilengkapi dengan kamera yang akan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Dubai untuk menunjuk rakaman langsung mengenai apa yang berlaku di jalan raya di bandar," kata Leftenan Pertama Salim Al Marri, pegawai polis di jabatan perkhidmatan pintar.
Al Marri berkata kereta peronda itu akan dilengkapi sensor untuk mengenal pasti suspek, tempat atau kenderaan rosak.
"Selain itu, kereta itu akan dilengkapi dengan pengimbas drone dan cap jari untuk persediaan yang lebih baik bagi Polis Dubai dalam menghadapi sebarang akibat," katanya.
Kenderaan itu akan dipamerkan di Gitex seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)