Berita Terkini

Ulama Yahudi bertanya Rasulullah tentang keadaan manusia di Padang Mahsyar

Tanah gersang
Imam Muslim ibnul Hajjaj mengatakan di dalam kitab Shahih-nya bahawa telah menceritakan kepada kami Al-Hasan ibnu Ali Al-Hilwani, telah menceritakan kepadaku Abu Taubah Ar-Rabi' ibnu Nafi', telah menceritakan kepada kami Mu'awiyah ibnu Salam, dari Zaid (saudaranya). Dia pernah mendengar Abu Salam mengatakan, telah menceritakan kepadaku Abu Asma Ar-Rahbi, Sauban maula Rasulullah S.a.w pernah menceritakan kepadanya bahawa ketika dia sedang berdiri di hadapan Rasulullah S.a.w, datanglah seorang ulama Yahudi kepada Rasulullah S.a.w, lalu berkata, "Semoga kesejahteraan atas dirimu, hai Muhammad." 

Maka aku (Sauban) menolaknya dengan tolakan yang cukup kuat sehingga hampir saja dia terjatuh kerana tolakanku. Lalu dia berkata kepadaku, "Mengapa kamu menolakku?" Aku menjawab, "Mengapa tidak kamu katakan, wahai Rasulullah?" Orang Yahudi itu berkata, "Sesungguhnya aku memanggilnya dengan nama yang diberikan oleh orang tuanya." 

Maka Rasulullah S.a.w bersabda, "Sesungguhnya namaku Muhammad, itulah nama yang diberikan kepadaku oleh orang tuaku." 

Orang Yahudi itu berkata, "Saya datang kepadamu untuk bertanya." 

Rasulullah S.a.w bersabda, "Apakah ada manfaatnya bila saya katakan sesuatu kepadamu?" 

Orang Yahudi itu menjawab, "Saya akan mendengarnya dengan baik." 

Maka Rasulullah S.a.w mengetuk-ngetuk tongkat kayu yang ada di tangannya dan bersabda, "Bertanyalah." 

Orang Yahudi itu bertanya, "Di manakah manusia berada pada hari bumi diganti dengan bumi yang lain dan begitu juga langit?" 

Rasulullah S.a.w bersabda; "Mereka  berada  di  dalam  kegelapan  sebelum jambatan (sirat)."

Orang Yahudi itu bertanya, "Siapakah manusia yang mula-mula melaluinya?" 

Rasulullah S.a.w menjawab; "Orang-orang  yang  fakir  dari  kalangan Muhajirin."

Orang Yahudi itu berkata, "Apakah hadiah makanan mereka di saat mereka memasuki syurga?" 

Rasulullah S.a.w menjawab; "Lebihan  hati  ikan  Nun."

Orang Yahudi itu bertanya lagi, "Lalu apakah makanan mereka seterusnya?" 

Rasulullah S.a.w menjawab; "Disembelihkan  bagi  mereka  sapi  jantan syurga  yang  makanannya diambil  dari  pinggiran-pinggiran syurga (yakni digembalakan di pinggiran syurga)."

Orang Yahudi itu bertanya lagi, "Lalu apakah minuman mereka setelah makan makanan tersebut?" 

Rasulullah S.a.w bersabda; "Dari  mata  air  yang  ada  di  dalam  syurga yang  disebut  Salsabila." 

Orang Yahudi itu berkata, "Engkau benar." Lalu dia berkata lagi, "Saya datang kepadamu untuk menanyakan sesuatu yang tiada seorang penduduk bumi pun mengetahui jawapannya kecuali seorang nabi atau seseorang atau dua orang." 

Rasulullah S.a.w bertanya kembali, "Apakah ada manfaatnya bila aku katakan kepadamu?" 

Orang Yahudi itu berkata, "Saya akan mendengarnya dengan baik." Orang Yahudi itu mengajukan pertanyaan-nya, "Saya datang kepadamu untuk bertanya tentang anak." 

Rasulullah S.a.w bersabda; "Mani orang lelaki putih dan mani perempuan kuning, apabila keduanya berkumpul, lalu mani lelaki mengalahkan air mani perempuan, maka dengan izin Allah anaknya menjadi lelaki. Dan apabila air mani perempuan mengalahkan air mani lelaki, maka dengan izin Allah anaknya menjadi perempuan."

Maka orang Yahudi itu berkata. "Engkau benar, dan sesungguhnya engkau adalah seorang nabi." Lalu lelaki Yahudi itu pergi.

Dan Rasulullah S.a.w bersabda; "Sesungguhnya orang ini telah menanyakan kepadaku pertanyaan yang tiada pengetahuan bagiku tentangnya barang sedikit pun, seandainya tidak ada utusan dari Allah yang memberitahunya kepadaku (tentang jawapannya)." 

----------------

Syu'bah mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Ishaq bahawa dia telah mendengar dari Amr ibnu Maimun. Barangkali dia mengatakan bahawa Abdullah (Ibnu Mas'ud) berkata, dan barangkali dia tidak menyebutnya. Lalu saya bertanya kepadanya, "Apakah dia menerimanya dari Abdullah?" Dia mengatakan bahawa dia pernah mendengar Amr ibnu Maimun mengatakan berhubung dengan makna firman-Nya;

"(Iaitu)  pada  hari (ketika)  bumi  diganti  dengan  bumi  yang  lain." (Surah Ibrahim : 48)

Bahawa bumi yang lain itu warnanya putih seperti perak lagi bersih, tidak pernah dialirkan darah padanya dan tidak pernah dilakukan suatu dosa pun padanya. Pandangan mereka menembus jauh dan suara juru penyeru kedengaran oleh mereka, mereka dalam keadaan tidak beralas kaki dan telanjang, seperti keadaan mereka ketika diciptakan (dilahirkan). Perawi mengatakan, dia menduganya mengatakan bahawa mereka dalam keadaan berdiri, hingga keringat mereka sampai pada mulut mereka.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah Ibrahim ; ayat 48]


1 ulasan:

  1. Saya hanya mengunjungi blog ini sahaja yang lain lain tiada ya tuan blog dan pengunjung blog ni

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.