"Berangkatlah kalian, baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, ......." [Surah at-Taubah : 41]
Ali ibnu Zaid telah meriwayatkan dari Anas, dari Abu Thalhah, bahawa baik telah berusia tua mahupun masih muda semuanya mesti berangkat. Allah tidak mahu mendengar alasan dari seorang pun. Kemudian Abu Thalhah berangkat menuju Syam dan berjihad sehingga gugur.
Menurut riwayat lain, Abu Thalhah membaca Surah Bara'ah, lalu bacaannya itu sampai kepada firman-Nya;
ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۚ
"Berangkatlah kalian, baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah." [Surah at-Taubah : 41]
Lalu dia berkata, saya berpendapat bahawa Tuhan kita telah memerintahkan kita untuk berangkat berperang, baik yang telah berusia tua mahupun yang masih muda. Wahai anak-anakku, persiapkanlah bekalan untukku!" Maka anak-anaknya berkata, "Semoga Allah merahmatimu. Sesungguhnya engkau telah ikut berperang bersama Rasulullah S.a.w hingga beliau wafat, dan bersama Abu Bakar hingga beliau wafat, juga bersama Umar hingga dia wafat. Maka biarkanlah kami yang berperang sebagai gantimu, wahai ayah."
Tetapi Abu Thalhah menolak. Maka dia pergi berjihad menaiki kapal laut, lalu dia gugur. Mereka yang bersamanya tidak menemui suatu pulau pun untuk mengebumikan jenazahnya, kecuali selepas sembilan hari. Tetapi selama itu jenazahnya tidak membusuk. Lalu mereka mengebumikannya di pulau yang baru mereka temui itu.
Kisah yang sama telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Ikrimah, Abu Shaleh, Al-Hasan Al-Basri, Suhail ibnu Atiyyah, Muqatil ibnu Hayyan, Asy'Sya'bi dan Zaid ibnu Aslam.
Ibnu Abbas, Muhammad ibnu Ka'ab, Atha' al-Khurasani, dan lain-lainnya mengatakan bahawa ayat ini telah dimansukh-kan oleh firman Allah S.w.t;
فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٍ۬ مِّنۡہُمۡ طَآٮِٕفَةٌ۬
"....... mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang ........" [at-Taubah :122]
[Petikan dari Imam Ibnu Katsir - Tafsir ibnu Katsir, Surah at-Taubah, ayat 41]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)