Berita Terkini

Minuman Arak di Syurga Tidak Memabukkan dan Ahli Syurga tidak berkata yang Sia-Sia

Wallpaper Islamik - Minum arak dan menamakannya bukan arakAl-Quran dengan jelas menyebut bahawa minuman-minuman arak di syurga tidak memabukkan, tidak seperti arak di dunia. 

بِأَكۡوَابٍ۬ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ۬ مِّن مَّعِينٍ۬ .  لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ

"Dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungai yang mengalir. Mereka tidak merasa pening dan tidak pula mabuk kerananya." [Surah al-Waaqi'ah : 18 - 19]

Adh-Dhahhak meriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata; "Di dalam minuman khamr (arak) itu terdapat empat perkara iaitu mabuk, pening, muntah dan kencing. Kemudian Allah Ta'ala menyebut Arak Syurga dan membersihkannya dari unsur-unsur tersebut." [Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Waaqi'ah ayat 19]

يُطَافُ عَلَيۡہِم بِكَأۡسٍ۬ مِّن مَّعِينِۭ .  بَيۡضَآءَ لَذَّةٍ۬ لِّلشَّـٰرِبِينَ .   لَا فِيہَا غَوۡلٌ۬ وَلَا هُمۡ عَنۡہَا يُنزَفُونَ

"Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya, Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan (al-ghaul), dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya." [Surah as-Shaaffaat : 45 - 47]

Oleh kerana itu, yang dimaksudkan dengan tidak ada dalam arak itu "al-ghaul", iaitu di dalamnya tidak ada unsur memabukkan, tidak membuat kepala pening, tidak membuat orang muntah dan tidak kerap kencing. Jadi keempat ciri inilah yang dinamakan dengan "al-ghaul" itu. [Tafsir Ibnu Katsir, Surah as-Shaaffaat : 47]


Ahli syurga tidak berkata dengan perkataan yang sia-sia

Ahli syurga tidak sekali-kali akan mengucapkan perkataan yang sia-sia, apa lagi bermabuk-mabuk tidak tentu pasal.

لَا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوً۬ا وَلَا تَأۡثِيمًا .  إِلَّا قِيلاً۬ سَلَـٰمً۬ا سَلَـٰمً۬ا

"Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tidak pula sesuatu yang menyebabkan dosa. Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain)." [Surah al-Waaqi'ah : 25 - 26]

Maksudnya di syurga mereka tidak mendengar ucapan yang sia-sia yang tidak membawa manfaat dan tidak pula mengandungi makna, atau hanya mengandungi makna yang rendah dan hina. Sebagaimana yang telah difirmankan-Nya dalam ayat yang lain;

لَّا تَسۡمَعُ فِيہَا لَـٰغِيَةً۬

"Tidak kamu dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna (lagha)." [Surah al-Ghaasyiyah : 11]

"....... dan tidak pula sesuatu yang menyebabkan dosa." Yakni tidak juga ucapan yang mengandungi keburukan. "Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat!" Maksudnya, kecuali ucapan salam yang diucapkan oleh sebahagian kepada sebahagian yang lain. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah;

وَتَحِيَّتُہُمۡ فِيہَا سَلَـٰمٌ۬‌ۚ

 "....... Penghormatan mereka di dalamnya adalah salam, ......." [Surah Yunus : 10]  [Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Waaqi'ah : 25 - 26]

Tidak ada penipuan dan kata-kata dusta juga di dalam syurga. Bahkan syurga merupakan tempat yang penuh dengan keselamatan, semua penghuninya selamat dari segala bentuk kekurangan. Sepertimana yang disebut dalam firman-Nya;

لَّا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوً۬ا وَلَا كِذَّٲبً۬ا

"Mereka tidak mendengar di dalam (Syurga) itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta." [Surah an-Naba' : 35]

Maka berlatih lah dari sekarang untuk memiliki akhlaq yang dimiliki oleh ahli syurga. Semoga kita semua dapat meraihnya. Dan semoga kita dapat mengurangkan, dan sebaiknya mengelakkan dari bercakap yang sia-sia di dunia ini, kerana itu merugikan kita.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shaleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran". [Surah Al-Asr]


Mabuk hanya menyusahkan diri sendiri

Kebiasaan pengakuan dari orang-orang yang pernah minum arak, ianya bukan suatu yang sedap, tetapi hanya ketagih. Lagi pun kerana kebiasaan orang minum arak ialah untuk menghilangkan sementara fikiran waras kerana kononnya untuk melepaskan tekanan mental. Begitu juga dengan orang yang hisap dadah, telan pil khayal dan seumpamanya.

Selepas minum dalam jumlah yang banyak, mereka akan mengalami mabuk, dan boleh sampai ke tahap muntah-muntah. Itu sebenarnya bukan satu nikmat atau kesedapan pun, tetapi ketika itu fikiran mereka sudah di luar kawalan. Yang penting agar dapat hilangkan tekanan, tidak perlu runsing dan banyak berfikir lagi tentang tekanan itu.

Kerana itu lah, nikmat dan kesedapan yang sebenar, bukan ketika minum sesuatu yang memabukkan. Akan tetapi ialah ketika kita dapat minum air yang sedap dalam keadaan tenang, tanpa masalah dan santai. Begitulah keadaannya di syurga, tanpa ada masalah, kenapa perlu kepada air yang memabukkan? Sedangkan mabuk itu sendiri bukan suatu nikmat pun, malah menyeksakan.

Dan yang pasti, arak di dunia adalah suatu yang diharamkan oleh Allah S.w.t dan merupakan ibu kepada maksiat lain dan banyak kesan buruk darinya.

"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." [Surah Al-Maa’idah : ayat 90]

"Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." [HR Muslim]

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." [Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392]

"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan mengubah mereka menjadi kera atau babi." [HR Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman]

Maka tidak hairanlah arak zaman moden ini ada pelbagai nama dan bukan hanya dalam bentuk air, tetapi dalam rupa pil, serbuk dan lain-lain. Begitu juga bukan hanya di minum, tetapi di telan, dihisap, disedut, dicucuk dan sebagainya. Walaupun ia berbeza dari segi rupa dan cara penggunaan, tetapi sifatnya sama iaitu memabukkan.

Kerja memabukkan diri sendiri ini hanyalah kerja yang menyusahkan diri sendiri di dunia dan di akhirat. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Wallahu a'lam .......

3 ulasan:

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.