Berita Terkini

Kisah Rasulullah ditanya tentang Hati yang Lapang

Wallpaper berdakwah dengan kasih sayang
Menurut Ibnu Abbas r.a. tentang makna firman-Nya;  "Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam." [Al-An'am: 125], mengatakan bahawa Allah melapangkan dadanya kepada ajaran tauhid dan iman kepada-Nya. Hal yang sama telah dikatakan oleh Abu Malik dan lain-lainnya yang bukan hanya seorang. Makna ini sudah jelas. 

Abdur Razzaq mengatakan, telah menceritakan kepada kami As-Sauri, dari Amr ibnu Qais, dari Amr ibnu Murrah, dari Abu Ja'far yang mengatakan bahawa Nabi S.a.w pernah ditanya, "Orang beriman manakah yang paling cerdas akalnya?" Nabi S.a.w menjawab;

أَكْثَرُهُمْ ذِكْرًا لِلْمَوْتِ وَأَكْثَرُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا

"Orang yang paling banyak mengingati mati di antara mereka dan yang paling banyak membekali dirinya untuk kehidupan sesudah mati."

Dan Nabi S.a.w pernah ditanya mengenai makna firman-Nya;

"Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam." [Surah Al-An'am : 125]

Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan melapangkan dadanya?" Rasulullah Saw. bersabda;

"Merupakan suatu nur yang dipancarkan ke dalam dadanya, sehingga dada orang yang bersangkutan menjadi lapang dan mahu menerimanya."

Mereka bertanya, "Apakah hal tersebut ada tanda-tanda yang menjadi alamatnya?" Rasulullah S.a.w menjawab melalui sabdanya;

الإنابة إلى دار الخلود ، والتجافي عن دار الغرور ، والاستعداد للموت قبل لقاء الموت

"Selalu ingat hari kembali ke alam kekekalan, menjauhi keduniawian yang memperdaya dan membekali diri untuk menghadapi kematian sebelum maut datang menjemputnya."

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hannad, telah menceritakan kepada kami Qubaisah, dari Sufyan (yakni As-Sauri), dari Amr ibnu Murrah, dari seorang lelaki yang dijuluki dengan panggilan Abu Ja'far tinggal di Madain, bahawa Rasulullah S.a.w pernah ditanya mengenai makna firman-Nya;

"Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam." [Al-An'am : 125]

Kemudian disebutkan hadits yang semisal dengan hadis di atas. 

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Sa'id Al-Asyaj, telah menceritakan kepada kami Ibnu Idris, dari Al-Hasan ibnu Furat Al-Qazzaz, dari Amr ibnu Murrah, dari Abu Ja'far yang mengatakan bahawa Rasulullah S.a.w membacakan firman-Nya;

"Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam." [Al-An'am : 125]

Lalu Rasulullah S.a.w bersabda;

"Apabila iman telah masuk ke dalam hati. maka hati menjadi lapang dan senang menerimanya." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah hal tersebut ada tanda-tandanya?" Rasulullah S.a.w menjawab, "Ya, iaitu selalu ingat kepada hari kembali ke alam keabadian (akhirat), menjauhi keduniawian yang memperdaya, dan membekali diri untuk kematian sebelum maut datang kepadanya." 

Hal yang sama diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, dari Siwar ibnu Abdullah Al-Anbari, telah menceritakan kepada kami Al-Mu'tamir ibnu Sulaiman, bahawa dia pernah mendengar ayahnya menceritakan hadits dari Abdullah ibnu Murrah, dari Abu Ja'far, kemudian disebutkan hadits yang semisal. Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Sa'id Al-Asyaj, telah menceritakan kepada kami Abu Khalid Al-Ahmar, dari Amr ibnu Qais, dari Amr ibnu Murrah, dari Abdullah ibnu Mas'ud yang mengatakan bahawa Rasulullah S.a.w membaca ayat berikut, iaitu firman-Nya;

"Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam." [Al-An'am : 125]

Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan kelapangan ini?" Rasulullah S.a.w bersabda, "Merupakan nur yang dimasukkan ke dalam kalbu orang yang bersangkutan." Mereka bertanya, "Apakah hal tersebut mempunyai tanda untuk mengenalinya?" Rasulullah S.a.w menjawab, "Ya." Mereka bertanya, "Apakah tanda-tanda itu?" Rasulullah S.a.w bersabda;

"Selalu ingat akan hari kembali ke alam kekekalan (hari akhirat), menjauhi perkara duniawi yang memperdayakan, dan bersiap-siap untuk mati sebelum maut datang."

Ibnu Jarir mengatakan pula, telah menceritakan kepadaku Hilal ibnul Ala, telah menceritakan kepada kami Sa'id ibnu Abdul Malik ibnu Waqid, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Muslim, dari Abu Abdur Rahman, dari Zaid ibnu Abu Anisah, dari Amr ibnu Murrah, dari Abu Ubaidah ibnu Abdullah ibnu Mas'ud yang mengatakan bahawa Rasulullah S.a.w pernah bersabda; 

"Apabila nur masuk ke dalam hati, maka dada terasa lapang dan lega."

Mereka bertanya, "Apakah hal tersebut ada tanda pengenalnya?" Rasulullah S.a.w menjawab;

"Mengingat akan hari kembali ke alam kekekalan (hari akhirat), menghindari keduniawian yang memperdayakan, dan bersiap-siap untuk mati (berbekal untuk mati) sebelum maut datang menjemput."

Ibnu Jarir meriwayatkan melalui jalur lain dari Ibnu Mas'ud secara muttasil dan marfu'. Untuk itu dia mengatakan, telah menceritakan kepadaku Ibnu Sinan Al-Fazzaz, telah menceritakan kepada kami Mahbub ibnul Hasan Al-Hasyimi : dari Yunus, dari Abdur Rahman ibnu Ubaidillah ibnu Atabah, dari Abdullah ibnu Mas'ud, dari Rasulullah S.a.w berhubungan dengan firman-Nya;

"Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam." [Al-An'am : 125]

Mereka (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimanakah proses pelapangan dadanya?" Rasulullah S.a.w bersabda;

"Nur masuk ke dalam kalbunya, lalu kalbunya menjadi lapang."

Mereka bertanya, "Apakah hal tersebut ada tandanya, wahai Rasulullah?" Rasulullah S.a.w menjawab;

"Menjauh dari keduniawian yang memperdayakan, dan selalu ingat akan hari kembali ke alam kekekalan (hari akhirat), serta bersiap-siap menghadapi kematian sebelum maut datang menjemputnya."

Demikianlah jalur-jalur hadits ini, sebahagiannya ada yang mursal, sebahagian lainnya muttasil, sebahagian darinya memperkuat sebahagian yang lain.

[Petikan dari Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-An'am, ayat 125]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.