Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » Mimpi Khalifah Utsman bin Affan sebelum beliau dibunuh

Utsman bin AffanKerana Utsman bin Affan r.a melihat dalam mimpinya bahawa ajalnya telah dekat, maka beliau menyerahkan persoalannya kepada Allah sambil mengharap janjiNya, juga kerana kerinduan yang sudah mendalam kepada Rasulullah S.a.w.

Abu Ja'far ar-Razi berkata, "Dari Abu Ayub Sakhtiany dari Nafi' dari Ibnu Umar bahawa Utsman berbicara di hadapan khalayak umum, "Aku melihat Nabi S.a.w di dalam mimpi, beliau bersabda, "Wahai Utsman, berbukalah bersama kami." Maka pada paginya beliau berpuasa lalu terbunuh pada hari itu.

Saif bin Umar berkata, "Dari Abdur Rahman bin Ziyad bin An'im dari seseorang berkata, 'Katsir bin ash-Shalat mendatangi Utsman bin Affan dan berkata, "Ya Amirul Mukminin keluarlah dan duduklah di beranda depan sehingga masyarakat melihatmu. Jika engkau lakukan itu masyarakat akan membelamu." Utsman tertawa lalu berkata, "Wahai Katsir, semalam aku bermimpi seakan-akan aku bertemu dengan Nabi Allah, Abu Bakar dan Umar lalu beliau bersabda, "Kembalilah kerana esok engkau akan berbuka bersama kami." Kemudian Utsman berkata, "Demi Allah tidaklah matahari terbenam esok kecuali aku sudah menjadi penghuni akhirat."

Musa bin Uqbah berkata, Abu 'Alqamah maula Abdur Rahman bin Auf telah mengatakan kepada kami, Ibnu ash-Shalat telah berkata, "Utsman tertidur pada hari beliau dibunuh, lalu bangun dan berkata, "Jikalau orang-ramai tidak mengatakan Utsman sedang berangan-angan tentunya aku akan menceritakannya kepada kalian." Kami katakan, "Semoga Allah memperbaiki keadaan anda, katakan saja, kami tidak akan mengatakan apa yang dikatakan manusia lain." Beliau berkata, "Aku melihat Rasulullah s.a.w dalam tidurku tadi. Beliau bersabda, "Sesungguhnya engkau akan menyaksikan hari Jumaat bersama kami"," 

Abu Ya'la al-Mushily dan Abdullah bin Ahmad berkata, "Utsman bin Abi Syaibah telah mengatakan kepada kami, Yunus bin Abi Ya'fur al-Abdy telah mengatakan kepada kami dari ayahnya dari Muslim bin Abi Sa'id maula Utsman bin Affan, bahawa Utsman telah memerdekakan dua puluh orang hamba. Lalu meminta celana yang belum pernah dia pakai baik sebelum Islam mahupun sesudah Islam dan memakainya lalu berkata, "Aku melihat Rasulullah s.a.w, Abu Bakar, dan Umar dalam mimpiku, mereka mengatakan kepadaku, "Bersabarlah kerana engkau akan berbuka esok bersama kami." Kemudian beliau meminta Mushaf lalu beliau tebarkan di hadapannya dan dibunuh dalam keadaan seperti itu."

[Imam Ibnu Katsir - Al-Bidayah wan Nihayah]


«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (163) Time lapse (39) Timur Tengah (176) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (292) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)