Berita Terkini

Harga Minyak Jatuh berikutan Krisis Yaman

Krisis Yaman, Harga Minyak Jatuh
Harga minyak dunia merosot pada Jumaat. Ini kesan serangan udara yang diketuai Arab Saudi terhadap pemberontak Houthi di Yaman. Situasi ini diperhatikan para pedagang minyak dunia.

Penanda aras AS, minyak mentah light sweet atau West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran Mei, menghentikan kenaikan enam hari berturut-turut, jatuh 2.43 dolar AS menjadi 48.87 dolar AS per barel di New York Mercantile Exchange.

Penanda aras global, minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Mei, turun 2.78 dolar AS menjadi menetap di 56.41 dolar AS setong di Intercontinental Exchange London. "Pasaran minyak bumi mundur kerana ketegangan atas serangan udara gabungan yang dipimpin Saudi terhadap kedudukan-kedudukan Houthi di Yaman dikurangkan," kata Tim Evans dari Citi Futures.

Harga minyak naik mendadak pada Rabu dan Khamis dicetuskan berita meningkatnya rusuhan di Yaman, kerana pemberontak Syiah memperluaskan kuasa yang mereka rebut. Pada Khamis, kerajaan campuran yang dipimpin Saudi mengebom pemberontak dalam menyokong Presiden Yaman Abedrabbo Mansour Hadi yang diperangi, mendorong WTI ke peringkat tertinggi satu bulan pada 52.48 dolar AS dan Brent ke tertinggi 9 Mac pada 59.78 dolar AS.

Serangan udara pakatan berterusan pada Jumaat, ketika Hadi tiba di Mesir untuk perbincangan dengan sekutu Arab.

"Minyak mentah melepaskan beberapa keuntungan yang ditaja geopolitik semalam, kerana kebimbangan tersebarnya krisis di Timur Tengah yang tenang," kata Matt Smith dari Schneider Electric.

Yaman adalah pengeluar minyak kecil yang berada di sepanjang Selat Bab al-Mandab, di mana kira-kira 3.8 juta tong minyak sehari diangkut melalui selat tersebut. Negara ini telah dicengkam oleh kekacauan sejak pemberontak Syiah iaitu Houthi melancarkan rampasan kuasa di Sanaa pada Februari.

[Republika Online / AntaraNews]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (57) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.