Berita Terkini

Filem animasi Bilal mengisahkan tentang Sahabat Nabi

Filem animasi Bilal mengisahkan tentang Sahabat Nabi
Sebuah filem animasi baru yang menceritakan kisah sahabat Nabi Muhammad S.a.w iaitu Bilal ibn Rabah r.a telah diumumkan di Dubai, dalam filem animasi pertama yang pernah dihasilkan oleh artis Arab.

Filem baru itu pertama kali diumumkan Isnin lalu di Dubai oleh sekumpulan profesional Arab yang telah bekerja untuk filem itu sepanjang sepuluh tahun yang lalu.

Dihasilkan oleh Barajoun Entertainment, filem itu telah dikeluarkan dalam bahasa Inggeris untuk mensasarkan penonton Amerika, yang merupakan suatu kisah seorang hamba yang bertukar menjadi tuan dalam kaumnya sesudah Islam.

Suara dalam filem itu dimainkan oleh beberapa artis terkenal Amerika termasuk Adewale Akinnuoye-Agbaje, bintang Game of Thrones.

"Filem ini menceritakan kisah seorang superhero sebenar, seorang hamba Afrika yang telah dibawa ke Saudi 1,000 tahun yang lalu dan berjuang untuk kebebasan," kata Akinnuoye-Agbaje Januari lalu selepas mendaftar untuk menyuarakan watak utama.

"Ia menjadi inspirasi kepada generasi demi generasi dan kita menceritakan semula ceritanya 1,000 tahun kemudian."

Bintang terkenal Amerika Will Smith juga telah menyatakan sokongan untuk filem tersebut, melakukan perjalanan ke Dubai untuk bekerjasama dengan pengeluar Arab.

Pengeluar berkata filem itu akan dikeluarkan pada suku tahun terakhir 2015.

Bilal ibn Rabah adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.a.w. Bapa dan ibunya sebenarnya adalah orang penting sebelum mereka menjadi hamba. Bapanya, Rabah, sebenarnya seorang Arab dan bukan dari Habsyah.

Ibunya yang bernama Hamamah, sebenarnya seorang puteri di Habsyah. Dan kedua-dua mereka telah diambil sebagai hamba pada tahun gajah, tahun yang sama di mana Nabi Muhammad S.a.w dilahirkan.

Dilahirkan di Makkah, hamba Ethiopia yang dibebaskan selepas menerima Islam itu tidak dapat dipisahkan dari diri Rasulullah S.a.w.

Watak mulia dan jiwa yang indah telah ditambah pula dengan suara yang menarik membuatkan Nabi S.a.w telah memberikannya penghormatan dengan menjadikan dia pemanggil pertama azan dalam Islam.




p/s: Mungkin kah filem ini akan menimbulkan banyak kontroversi? No comment. Kita tunggu lah apa kata ulama dunia. Allahul Musta'an.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.