Dajjal datang dengan teknologi. Teknologi-teknologi canggih dan binaan-binaan megah zaman moden inilah SYURGA DAJJAL. Siapa yang terpengaruh dengan syurga dunia ini, maka malang lah nasib.
Dajjal sudah wujud sejak zaman para nabi a.s dulu lagi. Sebelum Nabi Muhammad S.a.w diutuskan pun Dajjal sudah ada. Kalau dia ada SUPER POWER, sudah lama dia akan mengaku sebagai TUHAN. Tetapi saya yakin, dia hanya diberikan kelebihan oleh Allah S.w.t dengan KELEBIHAN ILMU DUNIAWI. Yang mana sekarang, dia sudah semakin hampir untuk mencapai matlamatnya untuk memerintah dunia.
Begitu juga dengan Ya'juj dan Ma'juj, iaitu 2 nama yang akan melakukan kerosakan di muka bumi ini. Yang berkemungkinan kerosakan itu adalah satu perang besar (perang nuklear). Kebetulan pula sekarang ini ada 2 blok kuasa besar dunia, yang satu adalah Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, berhadapan dengan satu lagi blok iaitu Russia dan sekutu-sekutunya. Tidak nampak-kah lagi kita kesesuaian itu dengan mereka?
Kita perlu juga ingat, bahawa hadits-hadits yang menyebut tentang Dajjal dan akhir zaman, banyak yang berkias. Jika kita faham secara lurus, maka Dajjal di depan mata kita pun kita tidak akan nampak. Cuba lah hafal 10 ayat pertama Surah al-Kahfi dan 10 ayat terakhir. Dan amalkan baca Surah al-Kahfi sekurang-kurangnya setiap hari Jumaat, insyaAllah kita akan diberi petunjuk oleh Allah Ta'ala untuk melihat sandiwara yang berlaku dalam dunia hari ini, dengan mata hati kita.
Selagi kita hidup di dunia ini, selagi itulah kita akan diuji
"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." [Surah al-Kahfi : 7]
Dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan kita
"Tidaklah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan hiburan yang melalaikan; dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu berfikir?" [Surah Al-An'am : 32]
"Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang menipu." [Surah Aali ‘Imran : 185]
"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian (bagimu); dan di sisi Allah-lah pahala yang besar." [Surah at-Taghabuun : 15]
"Bermegah-megah (dengan harta dan sebagainya) telah melalaikan kamu. Sehingga kamu masuk dalam kubur." [Surah at-Takatsur : 1 - 2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)