Berita Terkini

Had Poligami bagi umat Nabi Muhammad S.a.w

Had Poligami bagi umat Nabi Muhammad
Imam Syafi'e mengatakan, "Sesungguhnya sunnah Rasulullah S.a.w menjelaskan wahyu dari Allah telah menunjukkan bahawa seseorang selain dari Rasulullah S.a.w tidak boleh mempunyai isteri lebih dari 4 orang wanita." 

Apa yang dikatakan oleh Imam Syafi'e ini telah disepakati oleh sekelian ulama, kecuali apa yang diriwayatkan dari segolongan ulama Syiah yang mengatakan "Seorang lelaki diperbolehkan mempunyai isteri lebih dari 4 orang, sampai 9 orang." Sebahagian dari kalangan Syiah ada yang mengatakan tanpa batas. Sebahagian dari mereka berpegang kepada perbuatan Rasulullah S.a.w dalam hal menghimpun isteri lebih ramai dari 4 orang sampai 9 orang wanita, seperti yang disebutkan di dalam Hadits Shahih.

Adapun mengenai boleh menghimpun isteri seramai 11 orang, seperti yang disebutkan dalam sebahagian lafaz hadits yang diketengahkan oleh Imam Bukhari, sesungguhnya Imam Bukhari sendiri telah men-ta'liq-nya (memberi komentar). Telah diriwayatkan kepada kami, dari Anas, bahawa Rasulullah S.a.w menikah dengan 15 orang isteri, sedangkan yang pernah beliau gauli hanya 13 orang, yang berkumpul dengan beliau ada 11 orang, dan beliau wafat dalam keadaan meninggalkan 9 orang isteri. Hal ini menurut para ulama termasuk kekhususan bagi Nabi S.a.w sendiri, bukan untuk umatnya, kerana adanya hadits-hadits yang menunjukkan kepada pengertian tersebut, yang membatasi isteri hanya sampai 4 orang. Dalam pembahasan berikut, kami akan kemukakan hadits-hadits yang menunjukkan kepada pengertian tersebut.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ismail dan Muhammad ibnu Ja'far, keduanya mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ma'mar, dari Az-Zuhri. Ibnu Ja'far mengatakan bahawa di dalam haditsnya disebutkan bahawa telah menceritakan kepada kami Ibnu Syihab, dari Salim, dari ayahnya, bahawa Gailan ibnu Salamah ats-Tsaqafi masuk Islam, ketika itu dia mempunyai 10 orang isteri. Maka Nabi S.a.w bersabda kepadanya;

اخْتَرْ مِنْهُنَّ أَرْبَعًا

"Pilihlah olehmu di antara mereka empat orang sahaja."

Kemudian diriwayatkan melalui jalur selain Ma'mar, bahkan Az-Zuhri. Imam al-Baihaqi mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Abdullah al-Hafiz, telah menceritakan kepada kami Abu Ali al-Hafiz, telah menceritakan kepada kami Abu Abdur Rahman an-Nasa-i dan Yazid ibnu Umar ibnu Yazid al-Jurmi, telah menceritakan kepada kami Yusuf ibnu Ubaidillah, telah menceritakan kepada kami Sarrar ibnu Mujasysyar, dari Ayyub, dari Nafi', dari Salim, dari Ibnu Umar, bahawa Gailan ibnu Salamah pada mulanya mempunyai 10 orang isteri. Lalu dia masuk Islam, dan semua isterinya turut masuk Islam bersamanya. Maka Nabi S.a.w menyuruh Gailan memilih 4 orang isteri sahaja di antara mereka. Hal yang sama diriwayatkan oleh Imam an-Nasa-i dalam kitab sunan-nya.

Pada garis besarnya tersimpul bahawa seandainya dibolehkan menghimpun lebih dari 4 orang isteri, nescaya Rasulullah S.a.w memperbolehkan tetapnya semua isteri Gailan yang 10 orang itu, mengingatkan mereka semua masuk Islam. Setelah Nabi S.a.w memerintahkan Gailan memegang yang empat orang dan menceraikan yang lainnya, ini menunjukkan bahawa tidak boleh memiliki isteri lebih dari empat orang dengan alasan apa pun. Apabila hal ini berlaku untuk yang telah ada, maka lebih-lebih lagi lah bagi yang pemula.

Hadits lain mengenai perkara tersebut diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah di dalam kitab sunan-nya masing-masing melalui jalur Muhammad ibnu Abdur Rahman ibnu Abu Laila, dari Khamisah ibnu Syamardal, sedangkan yang ada pada Imam Ibnu Majah dari bintisy Syamardal. Imam Abu Daud meriwayatkan bahawa di antara mereka ada yang menyebut Asy-Syamardzal dengan memakai huruf "dzal", dari Qais ibnu Harits. Menurut riwayat lain yang ada pada Imam Abu Daud dalam riwayat al-Harits ibnu Qais, Umairah al-Asadi pernah mengatakan, "Aku masuk Islam dalam keadaan mempunyai 8 orang isteri. Lalu aku beritahu hal tersebut kepada Nabi S.a.w. Maka beliau bersabda;

اخْتَرْ مِنْهُنَّ أَرْبَعًا

"Pilihlah olehmu di antara mereka empat orang sahaja."

Sanad hadits ini jayyid, perbezaan syawahid (penyaksi) seperti ini tidak menimbulkan mudarat pada hadits yang dimaksudkan.

Hadits lain berhubungan dengan hal ini diriwayatkan oleh Imam Syafi'e di dalam kitab musnadnya. Disebutkan bahawa telah menceritakan kepadaku seseorang yang pernah mendengar dari Ibnu Abuz Zanad mengatakan, telah menceritakan kepadaku Abdul Majid, dari Ibnu Sahl ibnu Abdur Rahman, dari Auf ibnul Harits, dari Naufal ibnu Mu'awwiyah ad-Daili yang mengatakan bahawa ketika dirinya masuk Islam, dia mempunyai 5 orang isteri. Maka Rasulullah S.a.w bersabda kepadanya;

اختر أربعا أيتهن شئت ، وفارق الأخرى

"Pilihlah empat orang isteri sahaja mana yang kamu sukai, dan ceraikanlah yang lainnya."

Dia mengatakan, "Maka aku jatuhkan keputusanku terhadap seorang di antara mereka yang paling lama menemaniku, iaitu seorang wanita yang sudah tua lagi mandul, sejak enam puluh tahun yang silam, lalu aku ceraikan dia."

Semuanya merupakan syawahid yang memperkuat hadits Gailan tadi. 

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah an-Nisaa' : 3]


p/s: Walaupun Nabi Muhammad S.a.w mempunyai lebih dari 4 isteri dalam satu masa, tetapi dia perintahkan umatnya agar berkahwin tidak lebih dari 4 orang. Sudah tentu ada hikmahnya, yang mana mungkin kita tidak mampu untuk berkahwin lebih di akhir zaman yang serba mencabar dan sibuk ini. Zaman dulu tidak se-sibuk seperti zaman ini.

Kemudian, jika ada tuduhan-tuduhan buruk orientalis terhadap Nabi Muhammad S.a.w yang kahwin lebih dari 4, itu semua hanya kerana dengki dan busuk hati semata-mata. Kenapa perlu dengki kepada manusia pilihan Allah? Dia adalah Rasul Allah. Dan bukannya dia lakukan maksiat, tetapi berkahwin dengan cara yang sah. Ditambah lagi kekuatan dan kemampuan-nya bukan seperti lelaki biasa, tetapi jauh lebih lagi. Para nabi a.s zaman dulu berkahwin lebih ramai lagi.

Nabi Muhammad S.a.w tidak pernah lakukan dosa, tidak pernah hidup berfoya-foya, selalu beribadah dan berbakti kepada agama Allah S.w.t. Apa lah salahnya jika dia diberi kelebihan oleh Allah Ta'ala dari sudut berumahtangga. Lagi pun banyak manfaat lain iaitu seperti untuk menyebarkan agama, membela kaum janda yang lemah, memberi contoh dalam penyelenggaraan dalam rumahtangga, bersabar dengan karenah isteri dan macam-macam lagi.

Hanya manusia yang mempunyai hati yang busuk dan dengki sahaja yang tidak suka kepada kelebihan yang diberikan kepada Rasulullah S.a.w tersebut, tanpa mereka melihat kebaikan-kebaikan lain yang tidak terkira yang ada pada diri Rasulullah S,a.w.

Allah Ta'ala mahu UJI kita, adakah kita mahu taat kepada Rasul-Nya, ataupun akan engkar dan membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap beliau, akibat penyakit-penyakit hati yang ada dalam diri kita sendiri.

"Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat." [Surah al-Insan : 2]

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." [Surah al-Kahfi : 7]

Wallahu a'lam ....... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.