Berita Terkini

Australia bersedia lahirkan generasi Bebas Rokok

Australia bersedia lahirkan generasi Bebas Rokok
Generasi penduduk Australia mungkin di ambang hidup yang bebas tembakau jika langkah untuk mengharamkan penjualan rokok kepada golongan muda berjaya.

Rang Undang-Undang generasi 'bebas tembakau' bersedia untuk diperkenalkan ke dalam parlimen Tasmania pada tahun ini, yang akan membuatkan haram bagi orang yang lahir selepas tahun 2000 untuk membeli rokok dan bagi peruncit untuk menjual produk bercampur tembakau kepada mereka.

Undang-undang ini akan berkuat kuasa pada tahun 2018 dan bermakna orang yang berumur 14 tahun pada tahun ini tidak boleh untuk membeli rokok sebaik sahaja mereka berumur 18 tahun nanti.

Hukuman yang keras juga akan dikenakan ke atas sesiapa yang ditangkap membekalkan tembakau kepada 'generasi bebas tembakau' itu sama ada mereka seorang peruncit atau individu.

Ahli Majlis Undangan Bebas Tasmania iaitu Ivan Dekan ialah otak di belakang idea ini dan akan meletakkan usul kepada Parlimen Tasmania dalam dua bulan akan datang.

Idea ini telah mendapat sokongan dari Persatuan Perubatan Australia cawangan Tasmania, yang mana presidennya Tim Greenaway berkata sebarang usaha untuk mengurangkan tahap merokok di dalam komuniti itu akan disokong dengan baik.

[Mail Online]


p/s: Usul tentang ini kalau tak silap saya telah ada sejak tahun 2012 dulu lagi di Australia. Tapi bagus lah kini sudah mula ingin dilaksanakan. Semoga kerajaan negara kita juga turut mengikut jejak langkah ini. Jangan hanya PENTINGKAN KEUNTUNGAN tetapi KESIHATAN RAKYAT terancam dan terabai.

Kalau betul-betul ikhlas dan bertekad untuk membasmi gaya hidup merokok, pihak-pihak yang berkuasa sepatutnya berusaha tanpa henti ke arahnya. Bukan bercakap bermusim atau hanya ketika ditekan. Kemudian selepas itu masing-masing buat senyap dan lepas tangan. Kalau kita nak betul-betul bebaskan rakyat dari "rokok", jangan berhenti perjuangkannya. Sekian dimaklumkan :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.