Berita Terkini

8 Penjudi dihukum Sebat di hadapan orang ramai

Seramai lapan penjudi di Kota Banda Aceh disebat selepas shalat Jumaat, 19 September 2014 Hukuman sebat buat mereka diadakan di depan Masjid Besar Pahlawan, Gampong Ateuk Pahlawan, Kota Banda Aceh. Ribuan penduduk menyaksikan pelaksanaan hukum sebat itu.

8 Penjudi dihukum Sebat di Banda Aceh

Ini merupakan hukuman sebat pertama diadakan Pemerintah Kota Banda Aceh setelah tahun 2007 lalu. Dalam tujuh tahun terakhir ini tidak ada hukuman sebat, meskipun banyak pelaku pelanggaran syariat Islam ditangkap petugas.

Sepatutnya yang disebat hari ini sembilan orang, namun seorang pesalah Abdussalam (43) dinyatakan tidak sihat, sehingga hukumannya ditunda. Sementara lapan banduan lain tidak ada aduan tentang kesihatannya.

Masing-masing penjudi mendapat pukulan sebat yang dibuat dari rotan sebanyak lima kali. "Mereka terbukti melakukan pelanggaran syariat Islam kerana berjudi," kata Kepala Satpol PP Wilayatul Hisbah Kota Banda Aceh Rita Puji Astuti.

Menurut beliau, mereka ditangkap pegawai polis pada Julai 2014 dan dihadapkan ke Mahkamah Syariah. Dalam perbicaraan, mereka dikenakan hukuman sebat sebagai hukuman yang berlaku di Aceh sesuai dengan Qanun Nombor 13 Tahun 2003 tentang Maisir (perjudian).

Tiga pesalah sempat emosi ketika disebat dan berupaya menyerang penyebat, namun terus dicegah oleh polis dan wilayatul hisbah (polis syariah). Mereka bahkan mengeluarkan makian terhadap petugas di atas pentas.

Wali Kota Banda Aceh Illiza Saaduddin Djamal menyatakan pelaksanaan sebat ini bukanlah untuk menghina para pesalah di depan umum. "Tetapi untuk mengangkat darjat dan martabat manusia di depan Allah," ujarnya.

8 Penjudi dihukum Sebat di Banda Aceh

Ketika ini DPRD dan pemerintah Aceh sedang menggubal Qanun Jinayat (jenayah) untuk menyempurnakan aturan hukum bagi para pelanggar syariat Islam. Rancangannya, Qanun Jinayat disahkan pada 22 September 2014.

Sementara itu beberapa penduduk yang menyaksikan pelaksanaan sebat tersebut mempersoalkan komitmen kerajaan tempatan dalam menjalankan hukuman sebat bagi pelaku maksiat. Ini kerana yang kena sebat selalunya masyarakat menengah ke bawah.

"Selalu orang-orang kecil yang disebat, orang-orang besar kenapa ngak pernah disebat? Inikan sama dengan mempermainkan hukum Allah," kata Abdussamad (40) seorang penduduk Banda Aceh.

Dia memberi contoh seperti kes tangkap basah yang melibatkan seorang pegawai di Banda Aceh bernisial HBU dan pembantu Wali Kota Banda Aceh bernisial AF.

HBU ditangkap polis syariah kerana didakwa Berduaan dengan perempuan bukan muhrimnya di sebuah rumah kecantikan di kawasan Peunayong pada 5 November 2012. Namun hingga kini tak disebat. Ironinya, beliau sempat dilantik sebagai pegawai di Badan Pembinaan dan Pemberdayaan Dayah (pesantren) Provinsi Aceh, sebelum jawatannya dilucutkan kerana kuatnya kritikan penduduk.

[Tempo / Okezone]


p/s: Ada pula laporan berita tentang hukum sebat ini dari barat, mengatakan hukuman ini adalah kejam dan "barbaric". Pada hal sebenarnya, mereka yang tidak faham dan tidak fikir panjang, bahawa perjudian itu boleh membawa kepada masalah yang lebih besar lagi seperti pembunuhan, pergaduhan, masalah rumahtangga, bankrup dan sebagainya. Setiap apa yang dilarang dan diharamkan oleh Tuhan itu ada hikmahnya untuk kebaikan manusia.

Maka, hukum sebat ini hanya sebagai pengajaran untuk mengelakkan dari berlaku masalah yang lebih besar lagi dalam masyarakat. Tambah lagi, hukuman sebat ini hanya 5 kali dan tidak terlampau kuat. Bukannya seperti yang ditonjolkan dalam filem-filem tentang hukuman sebat zaman dulu kala di sesetengah negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.