Berita Terkini

Kisah Umar al-Khattab tidak memahami maksud mendalam ucapan Hudzaifah

Sunset and moon
Ketika menjawat jawatan Amirul Mu'minin, Umar ibnu al-Khattab r.a bertemu dengan Hudzaifah ibnu al-Yaman. Dia bertanya, "Bagaimana khabarmu pagi ini wahai Hudzaifah?" Hudzaifah menjawab, "Pagi ini Amirul Mu'minin, aku mencintai fitnah, membenci kebenaran, mengucapkan apa yang tidak dicipta, bersaksi atas sesuatu yang tidak ku lihat, melakukan shalat tanpa wudhu', dan memiliki suatu di bumi yang tidak Allah miliki di langit."

Mendengar jawapan tersebut, Umar r.a sangat marah. Dia hampir saja memukul Hudzaifah r.a. Dia ingat, Hudzaifah adalah sahabat Nabi S.a.w. Melihat kemarahan di wajah Umar, Ali ibnu Abi Thalib r.a yang sedang melewati bertanya, "Apa yang membuatmu marah wahai Amirul Mu'minin?" Umar menceritakan penyebab kemarahannya.

Ali r.a berkata, "Engkau tidak perlu marah kerana itu. "Mencintai fitnah" berkait dengan firman Allah; "Sesungguhnya harta dan anak-anak kalian adalah fitnah." [Surah at-Taghabuun : 15] "Membenci kebenaran" maksudnya membenci kematian yang pasti tidak boleh dihindarkan. "Mengucapkan apa yang tidak dicipta" adalah membaca al-Quran yang bukan makhluk. "Bersaksi di atas sesuatu yang tidak dilihatnya" bererti dia percaya kepada Allah meskipun Dia tidak terlihat. "Melakukan shalat tanpa wudhu'" bermakna berselawat kepada Nabi S.a.w tanpa wudhu'. "Memiliki suatu di bumi yang tidak Allah miliki di langit" ertinya memiliki isteri dan anak, sedangkan Allah jelas tidak beristeri dan tidak ber-anak.

Mendengar penjelasan Ali, Umar berkata, "Sungguh hebat engkau, wahai Abu al-Hasan. Engkau telah menghilangkan kerisauanku."

[Imam Ibnul Jauzi - Bahr ad-Dumu', bab 25]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.