Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Foto

» » Kisah para Wali apabila bertemu Singa

Singa tepi laut
Sufyan ats-Tsauri, Syayban al-Rai dan singa

Abdullah ibnu Abdur Rahman menceritakan; Sufyan ats-Tsauri pergi haji bersama Syayban al-Rai. Di perjalanan, mereka bertemu dengan singa. Sufyan berkata, "Tidakkah engkau lihat bagaimana singa ini menghalangi jalan kita dan membuat manusia takut?"

Syayban berkata, "Jangan takut!" Mendengar perkataan Syayban, singa mengibaskan ekor. Syayban lalu mengelus telinga sang singa. Singa kembali menggerakkan ekor, lalu pergi.

Melihat itu Sufyan bertanya, "Karamah apa ini wahai Syayban?" Syayban menjawab, "Karamah apa? Kalau aku punya karamah, nescaya aku letakkan bekalku di punggungnya hingga aku sampai ke Mekah." [1]


Ibrahim bin Adham dan singa

Diceritakan pula bahawa ketika Ibrahim bin Adham berjalan bersama para muridnya, tiba-tiba seekor singa menghadang. Para muridnya berkata, "Wahai Ibrahim, binatang buas ini menghalangi kita." Ibrahim memandang singa itu dan berkata, "Wahai singa, jika engkau diperintahkan untuk berbuat sesuatu kepada kami, lakukanlah perintah itu! Jika tidak, menyingkirlah!" Singa menggerakkan ekor dan terus melarikan diri. Para muridnya kehairanan kerana singa memahami ucapan Ibrahim. Semoga Allah redha kepadanya dan memberi kita manfaatnya. [2]


Ibnu Umar r.a dan singa

Diceritakan bahawa ketika Abdullah bin Umar r.a sedang menempuh suatu perjalanan, ada seekor singa menghadang orang-ramai di tengah jalan. Dia menghentikan untanya, lalu turun menghampiri singa itu, menggosok telinganya, dan menyingkirkannya dari tengah jalan. Abdullah bin Umar mengatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah S.a.w bersabda, "Jika manusia hanya takut kepada Allah, maka tidak ada perkara lain yang boleh menguasainya." [3]


Abul Khair at-Taitani dan singa

Ibrahim ar-Ruqy berkata, "Aku menuju ke tempat Abul Khair at-Taitani untuk memberi salam kepadanya. Maka masuklah waktu shalat Maghrib. Apabila hampir selesai dia membaca Surah Al-Fatihah, lalu aku berkata dalam hatiku, "Telah hilang kainku yang tertinggal di luar." Setelah memberi salam, aku keluar tempat bersuci. Lalu menuju kepadaku seekor binatang buas. Maka aku kembali kepada Abul Khair, seraya menerangkan, bahawa seekor binatang buas menuju kepadaku.

Abul Khair lalu keluar dan berteriak seraya berkata, "Bukankah sudah aku mengatakan kepadamu, jangan engkau ganggu tamu-tamuku?" Lalu singa itu beredar dan aku dapat bersuci. Sewaktu aku telah kembali, Abul Khair berkata kepadaku, "Kamu sibuk membetulkan yang zahir, lalu kamu takut kepada singa. Dan kami sibuk membetulkan yang batin, lalu singa itu yang takut kepada kami." [4]



Rujukan:

1 - Imam Ibnul Jauzi - Bahr ad-Dumu', bab 24. Dari kitab karangan Ibnu Qudamah - al-Riqqah wa al-Buka', hal. 246 - 247
2 - Imam Ibnul Jauzi - Bahr ad-Dumu', bab 23. Dari kitab Hilyah al-Auliya, VIII, h.4 - 5
3 - Imam al-Munawi - Thabaqah
4 - Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, Kitab Huraian Keajaiban Hati.


p/s: Ya Allah! Berilah kemenangan kepada Mujahidin dan saudara-saudara kami di Gaza! Hancurkan rejim Zionis Israel!

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Leave a Reply

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (127) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (346) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (109) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (241) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (161) Time lapse (39) Timur Tengah (175) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)