Berita Terkini

Kisah Nabi Isa dengan Budak Buta

Budak buta
Nabi Isa a.s melewati sebuah sungai dan melihat kanak-kanak sedang bermain di sana. Di antara mereka, ada seorang budak kecil yang buta. Mereka menjatuhkannya ke dalam air. Setelah itu mereka berlarian ke sana ke mari, sementara budak buta itu meminta tolong.

Beliau a.s berdoa kepada Tuhan agar menghilangkan kebutaan budak itu. Seketika, penglihatan si budak pulih. Ketika sudah boleh melihat, dia terus mengejar dan melemaskan salah seorang temannya hingga meninggal. Dia lalu melakukan hal yang sama kepada temannya yang lain. Kanak-kanak lain pun segera melarikan diri.

Melihat semua itu, Isa a.s terperanjat. Dia berkata, "Wahai Tuhan, Engkau memang lebih tahu tentang makhlukMu." Beliau a.s berdoa agar Allah S.w.t mengembalikan keadaan si budak seperti asalnya.

Allah S.w.t berfirman kepada Isa a.s, "Aku sudah memberitahumu, namun engkau keberatan atas ketentuan dan pengaturanKu." Beliau a.s terus bersujud.

Camkan-lah, semua yang terjadi di alam ini berdasarkan ketentuan dan pengaturan Tuhan.

[Imam Ibnul Jauzi - Bahr ad-Dumu', bab 29]


Pengajaran dari kisah di atas ada persamaan seperti dalam kisah Nabi Khidhir membunuh budak kecil dalam Kisah Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidhir.

Kisah-kisah ini bukan semata kisah untuk dibaca, tetapi sudah tentu untuk direnungi dan ada sebab serta hikmahnya yang tersendiri. 

Kerana itu kita tidak perlu persoalkan kenapa kadang-kala ada budak kecil yang tidak berdosa mati dibunuh. Kenapa seseorang mendapat ujian itu ujian ini. Semuanya itu ada sebab dan hikmahnya yang mana telah diatur dengan bijaksana oleh Allah Yang Maha Bijaksana.

Mungkin seorang budak dimatikan oleh Allah S.w.t sewaktu kecil, kerana jika tidak, suatu hari nanti dia akan menjadi ahli maksiat, atau penentang Tuhan, atau orang yang zalim dan sebagainya. Mungkin seseorang itu ditakdirkan menjadi orang kurang upaya, orang lemah dan seumpamanya, kerana jika tidak, mungkin dia akan menjadi orang yang lalai, takabbur, jahat dan sebagainya. Dan setiap yang berlaku ke atas seseorang itu juga menjadi PENGAJARAN kepada orang lain.

Allah Maha Mengetahui perkara yang lalu dan akan datang. Semoga kita tidak menjadi orang yang selalu menyalahkan takdir, menyalahkan Tuhan, na'udzu billah. Semoga kita menjadi orang yang redha dan bersyukur padaNya, amin.

"Jika kalian bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) kepada kamu, dan jika kalian engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." [Surah Ibrahim : ayat 7]

"Dan (amatlah baiknya) kalau mereka redha dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: "Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah."" [Surah at-Taubah : ayat 59]

Wallahu a'lam ....... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.